Header Ads

Ya, Saya Akui Sedang Rapat Dengan Pemuda Itu - Juliana Evans



Semalam, foto Juliana Evans bersama seorang jejaka kacak menjadi topik hangat di Internet terutama sekali di laman forum tempatan.

Ramai yang yakin bahawa jejaka tersebut merupakan kekasih Juliana kerana mereka tampak cukup mesra bersama dan difahamkan jejaka berkenaan bukan calang-calang orangnya dan dari kerabat diraja Johor.


Tidak mahu terus berahsia, Juliana akhirnya mengakui  rapat dan sedang kenal hati budi jejaka berkenaan dan tidak menafikan temannya itu adalah kerabat diraja.

Ya, saya akui sedang rapat dengan pemuda itu. Kami masih dalam proses mengenali hati budi.
Buat masa ini memang ya dialah pemuda yang dekat dengan saya. Namun maaf saya belum boleh kongsi siapakah namanya. Tetapi tumpuan utama saya ialah pada kerja.

Sumber Berita : Mangga Online


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.