Header Ads

'Saya Kecewa Apabila Dituduh Perampas Hak Rakyat Kedah' - Aliff Syukri



 "Kalau ada siapa boleh buktikan tanah itu dinamakan atas nama Aliff Syukri, saya boleh beri mereka RM100 juta bukannya RM30 juta," kata Pengarah Urusan D’herbs, Datuk Aliff Syukri pada sidang media di sini, hari ini.


Beliau menafikan meminta tanah seluas 60 hektar di Kedah sebagai antara syarat penajaan RM30 juta kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Sebaliknya jutawan kosmetik itu berkata, ia adalah cadangan kerajaan negeri untuk membangunkan tanah di Pokok Sena secara bersama untuk mewujudkan Bandar D'Herbs, taman tema, taman herba dan zoo.

"Saya kecewa apabila dituduh perampas hak rakyat Kedah sedangkan tanah yang ditawarkan itu adalah kawasan projek Bandar Sejahtera yang sudah lama terbengkalai sejak 2008 dan ia ditawarkan kepada saya bukannya diminta.

Sebelum ini tersebar kononnya beliau meminta tanah terbabit sebagai syarat penajaan kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), dinamakan atas namanya.

KFA kemudian menolak tawaran tajaan D'Herbs yang bernilai RM30 juta selepas mendapati ada beberapa syarat yang ditetapkan syarikat itu sukar diterima persatuan.

Harian Metro


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.