Header Ads

Tak Menang Anugerah, Siakap Keli Balas Sindiran Amran Fans



Blog Siakap Keli menyindir personaliti media sosial Amran Fans kerana tidak memperoleh kemenangan pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH29), Ahad lalu.

Menurut Siakap Keli di halaman Facebooknya pada Isnin malam, blog berkenaan tidak tercalon dalam ABPBH29 kerana tiada kategori yang dipertandingkan untuk blog.




Blog itu dengan nada sindiran memberitahu ia bagaimanapun telah memenangi satu anugerah berbanding Amran Fans yang kalah sekali lagi.

“SK tak tercalon dalam ABPBH pun sebab tak ada kategori. Lagipun, SK dah menang sekali. Masalahnya sekarang kau tu hah... kalah lagi ke ABPBH semalam?,” menurut Siakap Keli sambil merujuk kenyataan tersebut sebagai mesej berbalas kepada sindiran Amran Fans pada 30 April lalu.

Amran Fans sebelum ini mengeluarkan kenyataan di Facebook “Kita jumpa dekat ABPBH pula. Tetapi nama Siakap Keli tak tercalon. Cian (Kasihan).”

Pada ABPBH29, Amran Fans tercalon bagi kategori Personaliti Media Sosial Popular. Bagaimanapun, anugerah itu dimenangi oleh Lara Alana, anak kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Siakap Keli memenangi kategori Blog Pilihan Online pada Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) 30 April lalu, menewaskan empat pencabar lain iaitu Ben Ashaari, Sensasi Selebriti, Emas Putih dan Cik Epal.

Amran Fans turut bertanding dalam APO2016 bagi kategori lain iaitu Selebriti Media Sosial Pilihan Online. 

Personaliti media sosial itu bagaimanapun tewas di tangan selebriti YouTube popular, Mat Luthfi. Selain Amran Fans dan Mat Luthfi, calon-calon lain dalam kategori yang sama ialah Faiz Dickie, Ucop dan Luqman Podolski.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.