Header Ads

Baju Raya 110 Pasang, Che Ta Diperli Netizen Dibandingkan Dengan Aliff Syukri



Pasangan selebriti ni memang meriah setiap kali menyambut Syawal. Jika tahun lalu Che Ta dan Zain hanya sediakan 20 pasangan seorang. Berbeza pula tahun ni apabila baju raya mereka sekeluarga 110 pasang. Wah!

Zain, 32, memberitahu, pakaian untuk dia dan isteri iaitu Rozita Che Wan setiap seorang ialah 30 pasang manakala anak mereka Aaisyah Dhia Rana pula sebanyak 50 pasang.

BACA : Rahsia Che Ta Masih Lahirkan Anak di Usia 40 an

Tindakan Che Ta mewarwarkan perkara tersebut seperti sengaja 'showoff' menjadi buah mulut warga laman sosial apabila ramai yang memberikan komen berbentuk sindiran dan membandingkan Che Ta dengan Dato Aliff Syukri.


Komen daripada netizen, Che Ta dinasihat untuk mencontohi sikap merendah diri  pengasas kosmetik, Dato Aliff Syukri dan membantu golongan yang memerlukan.


Ada juga komen daripada netizen menulis secara sindiran dan memerli perlakuan Che Ta tersebut.


Namun Che Ta sebelum ini sering menegaskan bahawa terlalu banyak perkara lain yang lebih penting daripada melayan kerenah negatif pengkritik di luar sana.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.