Header Ads

Pelanggan Mengamuk & Tak Puashati Dengan Che Ta Lagi !



Pelakon Rozita Che Wan, 43 atau lebih di kenali dengan Che Ta merupakan antara artis yang berjaya dalam bidang seni dan perniagaan. Che Ta memiliki pelbagai rangkaian perniagaan antaranya minyak wangi, fesyen pakaian wanita dan produk penjagaan diri wanita.


Umum mengetahui sebelum ini kecoh apabila stokis mengamuk minyak wangi tidak sampai kepada mereka walaupun telah membuat bayaran. 

Tetapi isu itu telah selesai selepas Che Ta sendiri membuat penjelasan. Che Ta menerusi portal mStar Online telah menjelaskan masalah produksi di kilang antara punca kelewatan untuk stok minyak wangi beliau.


Terbaru, ada ura ura pulak pelanggan mengamuk lagi, kali ini untuk produk penjagaan diri wanita. Mereka mendakwa produk Che Ta itu susah untuk didapati, isu tersebut disebabkan oleh kekurangan agen dan stokis. 

Ini sebahagian daripada komen pengguna yang tidak berpuashati.


Entah betul ke tidak dakwaan yang dibuat oleh pengguna itu, sekarang ni bukan boleh percaya bulat bulat. Yang mengadu isu tersebut hanya segelintir sahaja. Tetapi, kalau betul dakwaan yang dibuat, isu ini perlu segera diselesaikan oleh pihak Che ta sendiri.

Isu seperti ini sepatutnya tidak boleh berlaku lagi, ini sudah kali kedua pelanggan tidak berpuashati dengan khidmat pemasaran beliau. Perkara seperti ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan reputasi Che Ta sebagai ahli perniagaan.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.