Header Ads

Dato Cantik Bakal Jadi Host Nona ? Selepas Rancangan Nona Raih Tontonan lebih 1.3 Juta Penonton Serentak



Nona, program tv wanita paling popular di Malaysia terus menyajikan pengisian menarik sempena Ramadan ini dengan membawakan episod istimewa bertemakan Barakah dan Prihatin. Untuk episod kali ini membawakan tema Barakah Betong, memberi penonton untuk menghayati dan berkongsi keberkatan Ramadan dengan kerja amal kebajikan bersama-sama usahawan cenderati dan hadiah korporat terkenal iaitu Datuk Sharifah Shareen Al-Mashoor atau lebih dikenali sebagai Dato Cantik.

Diberitakan rancangan Nona yang disiarkan ahad lepas meraih tontonan lebih 1.3 juta penonton serentak. Berikutan dengan itu, ada ura ura yang mengatakan beliau akan menjadi host program Nona selepas ini. 

Adakah mungkin Program Nona akan membawakan kelainan dengan menampilkan usahawan wanita berjaya sebagai pengacara terbaru rancangan tv tersebut ?  Sama sama kita nantikan samada gosip ini adalah suatu gimik ataupun betul.

Datuk Sharifah Shareen Al-Mashoor

Sepanjang penggambaran selama enam hari lima malam, program itu memaparkan dilema penduduk Islam di Betong yang daif dan terpinggir menyebabkan ramai di antara mereka tidak mampu meneruskan persekolahan kerana kos tinggi. 

Prihatin dengan nasib mereka, Dato Cantik dan Uyaina berkongsi pengalaman dan keberkatan Ramadan bersama-sama penduduk di sana.


Dato Cantik bersama dengan Uyaina.
Dato Cantik juga turut berkongsi gambar di instagramnya ketika beliau masih disana. Banyak gambar yang dikongsikan menyentuh hati pengikut instagramnya. 



Sepanjang disana Dato Cantik banyak memberi sumbangan kepada mereka yang tidak berkemampuan. Antara sumbangan yang diberikan ialah seperti membina  rumah untuk mereka yang miskin tegar dan menagihkan kain sembahyang. Selain itu, Dato Cantik juga memberi bantuan beg sekolah, bayarkan yuran dan buku sekolah serta memberi wang pengangkutan untuk memastikan pelajar ke sekolah.






Dato Cantik mempunyai Sekolah Maahad Tahfiz sendiri terdiri daripada 400 orang pelajar.




Menurut Penerbit Eksekutif Nona, Ezzah Abdul Aziz Fawzy, paparan itu diharap dapat menyuntik rasa kasih sesama insan dan memupuk ukhuwah.


Rahsia Dato Shareen wajah daripada berjerawat menjadi 'flawless' 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.