Header Ads

'Kerana Anti Vaksin, Saya Hilang Hanny Untuk Selamanya' - Luahan Sayu Ibu



Kakishare.my - Diceritakan oleh seorang ibu bernama Rohaida Ramli kisah yang berlaku tahun lalu di mana beliau telah kehilangan anak tercinta pada umur 59 hari.

Berikut adalah cerita beliau.



Assalamualaikum..

Pertama sekali Al Fatihah untuk puteri kesayanganku Nur Hanny Saffiya yang telah kembali kepada penciptanya pada 21 November 2015 lalu pada usianya baru 59 hari.

Ibu dan ayah redha dengan ujian ini, satu kehilangan sangat menyedihkan. Sekelip mata segalanya berubah di mana hasil dari 'results' mendapati anak saya dijangkiti batuk kokol -patosis dari antivaksin.

Sangat mengejutkan kerana tidak sempat Hanny mendapat vaksin untuk bayi 2 bulan, keadaannya amat tenat dan yang  peling memilukan selama 2 minggu saya menjaganya di hospital, saya terpaksa melihat Hanny dalam keadaan yang cukup menyayat hati.

Batuk yang berpanjangan sehinggalah Hanny diberi mesin bantuan pernafasan, namu akhirnya Hanny pergi jua setelah berjuang selama hampir 2 minggu.

Saya tidak dapat bercerita lagi kerana sebak bila mengingatinya, amat penting vaksin untuk anak, sedarlah ibu bapa diluar sana, berilah anak anda vaksin, jangan sidebabkan kedegilan anda, anak-anak akan menjadi mangsa.

Penularan pelbagai penyakit sekarang ini janganlah diambil muda hingga meragut nyawa orang lain. 

Setiap apa yang terjadi adalah ketentuanNya, kita hanya perlu berikhtiar dan berusaha, segalanya kita tawakal dan serahkan kepadaNya.

Sumber artikel : Siakap Keli


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.