Header Ads

Zalim.. Bayi Ditampar, Diikat Lampin Pada Mulut, Berlaku Di Taska




Satu post di Facebook Kisah Masyarakat memuat naik gambar bayi didera, iaitu ditampar dan diikat dengan kain lampin. Menurut status tersebut, kejadian berlaku di taska The Castle For Kid, Presint 15, Putrajaya dan satu laporan polis sudah dibuat berdasarkan gambar yang dimuatnaik di laman Facebook tersebut.

Post tersebut telah dikongsi lebih 5000 share. Harap pelaku tersebut dapat hukuman setimpal apa yang dilakukan.




Update terkini :-

Seorang pemilik taska mendakwa kes dera melibatkan dua orang bayi yang dihantar ke pusat asuhannya di Presint 15 di sini berunsurkan sabotaj kerana dipercayai dilakukan oleh dua bekas pekerjanya sendiri.

Kejadian kes dera tersebut yang melibatkan dua orang bayi masing-masing berusia empat bulan dan 13 bulan itu telah menjadi viral di media sosial Facebook sehinggakan ramai dalam kalangan netizen membuat pelbagai andaian termasuk menyalahkan pemilik taska tersebut.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada pemilik taska berusia 27 tahun itu pada pukul 5.40 petang, Selasa lalu yang menafikan dia telah bertindak menutup mulut seorang bayi perempuan berusia empat bulan dengan kain lampin.

"Sebaliknya, pemilik taska mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh dua bekas pekerjanya masing-masing berusia awal 20-an yang telah melarikan diri pada Sabtu lalu sebelum mereka menviralkan kes dera tersebut di internet," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Rosly, sebelum itu, pihak polis turut menerima aduan daripada seorang penjawat awam yang mengatakan terdapat kesan lebam pada muka anak lelakinya yang berusia 13 bulan dipercayai didera namun pemilik taska memaklumkan tiada unsur dera sebaliknya seorang budak di taska telah terkena tangannya pada muka bayi berkenaan.

Sementara itu, pemilik taska berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, kedua-dua bekas pekerjanya itu baru tiga bulan bekerja di premis asuhan itu dan sebelum ini menetap di kampung halaman mereka di Kuala Krai, Kelantan. - K! ONLINE




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.