Header Ads

Adi Putra muncul dengan selfie bersama isteri pertamanya seperti tiada apa apa.




Selepas membatalkan majlis sambutan Aidilfitri bersama kelab peminat, kini muncul pula sekeping gambar bahagia Adi Putra dan isteri pertamanya Aida Yusof yang dimuat naik menerusi Instagram masing-masing semalam. Tindakan Adi itu terus menjadi tanda tanya apabila beliau sendiri juga pada ketika ini terus berdiam diri mengenai kontroversi pernikahannya.


Kelihatan isteri pertama Adiputra bahagia tersenyum di samping Adiputra di tepi jalan di satu tempat yang dirahsiakan. Katanya mereka sedang bercuti berdua. Pasti Adiputra sedang memujuk isteri pertamanya dengan berjalan jalan berdua tanpa gangguan dari sesiapa. Woww mesti power ayat Adiputra ni. Huhu


Sebelum ini, beberapa hari lalu cerita mengenai perkahwinan pelakon itu kecoh diperkatakan apabila gambar Adi berada pada majlis perkahwinan mula tersebar. Pelakon berkenaan dikatakan telah berkahwin buat kali kedua dengan seorang janda beranak satu yang juga merupakan rakan kongsi kepada Adi sejak setahun lalu tanpa pengetahuan isteri pertamanya.




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.