Tips Penting Untuk Wanita Sebelum Berkahwin
Kisah benar dari seorang lelaki mengenai persedian memasak untuk wanita yang hendak berkahwin. Baca dan hadam semua. Hujung tahun lalu, saya berkesempatan mengajar memasak seorang anak gadis yang sudah mahu menikah. Majlisnya sekitar tiga bulan dari tarikh kelas. Ibunya yang hantar.
Dari awal lagi si ibu menelefon, mendapatkan maklumat kelas dan seterusnya sentiasa berdiri bersama di dalam kelas. Memang support baik punya. Saya pun segan. Jujurnya, ibu itu sangat arif tentang hal-hal dapur, cuma beliau reserve ilmunya dah langsung tidak menyampuk sepatah pun penerangan saya. Beliau pula punya semua anak perempuan. Tiga orang. Yang mahu berkahwin ini yang sulong.
Kelas memasak ini kelas yang ringkas. Semuanya masakan melayu yang asli. Authentic kata orang. Dari mengenal serai hinggalah bagaimana memotong kentang. Semuanya kena ajar dengan cukup sabar. Memang ya, anak gadisnya yang baru pulang dari luar negara ini langsung tidak tahu apa-apa tentang dunia masakan.
Yang saya suka ialah dua beranak ini memang mahu belajar. Elok pula penghawa dingin di dapur rosak. Kahkahkah maka berpeluh sakan kami bertiga. Kelas tersebut berlangsung selama dua hari. Setiap kali habis kelas, si ibu akan menelefon suami bersama seorang anak lagi dan mereka datang untuk makan bersama.
Suaminya juga cukup supportive. Langsung tidak ada perkataan-perkataan yang seakan memerli, atau mengjengkelkan yang keluar dari mulutnya. Kesemua empat beranak ini memang jenis kool memanjang. Semasa hari ke-dua, bakal suaminya datang bersama dengan bakal ibu mertua. Mereka duduk bersembang dan melihat-lihat studio buruk saya. Semasa sudah mahu pulang, ibu bakal pengantin ini berbisik kepada saya,
“Thanks a lot Khairul, you did a good job. I dulu also a medical doctor. Cuma I berhenti sebab nak jaga anak. Then I jaga suami baik-baik. Paling penting nak jaga suami, kena jaga perutnya. I tak pandai masak, cuma I berusaha untuk belajar memasak sampai hari ini. I nak anak I pun begitu. Sekurang-kurangnya dia reti semasa berada di dapur. Tak kekok.
Itu the most important thing dalam nikah kahwin! You hebatlah sebagai perempuan, jadi engineer, jadi arkitek. Dalam rumah, dapur you punya! Situ you akan berkongsi dengan ipar, dengan biras, dengan in law! Jadi you kena biasakan. Keberkatan dalam perkahwinan itu bila you boleh berada di dapur dan sediakan makanan yang mana semua itu dibeli dengan hasil kerja suami you dan you sendiri.
Suami kerja penat-penat, belikan barang. Dan kita yang penat juga ini terus ke dapur memasak. Fuh I memang berusaha masak sedap-sedap, tanyalah dia!” sambil dia menolak perlahan bahu anaknya. Mereka berdua ketawa kecil.
Kami berpisah disitu. Sekarang, apabila lihat FB anaknya ini, saya akui memang beliau pandai jaga suami. Masa nikah dulu suaminya segak kemain. Sekarang gambar semua menyorok perut. Pipinya sudah berisi. Masih segak, cuma sudah nampak seri perkahwinan, kahkahkah.
Sungguhlah, dapur itu jantung sesebuah rumah. Jika mahu menjaga seisi keluarga. Dapurnya perlu dihiasi dengan asap dan kecah-kecah suasana memasak. Walau makanannya tidaklah selalu mewah-mewah, janji ia dapat memenuhi selera.
Ingat kawan, tidak kira siapa yang memasak. Dapur tetap perlu hidup untuk memberi nafas dalam sesebuah rumah.
Post a Comment