Akhirnya Adi Putra Mengaku Sudah Berkahwin Kali Kedua
Kakishare.my - Pengakuan Adi itu dibuat menerusi satu temu bual bersama program Melodi TV3, malah video penjelasan beliau itu turut dimuat naik menerusi akaun Facebook rasmi beliau.
Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada semua. Ada yang bertanya kenapa saya berdiam diri mahupun melarikan diri. Saya rasa mungkin ada yang tahu mungkin ada yang tidak, saya hanya menjalankan tanggungjawab saya, tanggungjawab bermaksud hal peribadi.
Ramai ingin tahu ya ataupun tidak. Ya saya akan jelaskan. Memang ya saya bernikah, bererti dua isteri. Disini, terjawablah segala persoalan dan andaian selama ini.
Adi juga menyatakan beliau tidak menyimpan perasaan dendam kepada mereka yang sebelum ini menghina serta mengkritik beliau serta membuat pelbagai andaian mengenai dirinya.
Pada masa yang sama beliau mengakui foto-foto beliau nikah bersama seorang wanita yang disebarkan sebelum ini adalah benar.
Malah, perkahwinan Adi juga diketahui oleh isteri pertamanya Aida Yusof. Namun, Aida sebelum ini tidak mahu memberikan sebarang komen kerana ingin menjaga aib Adi Putra.
Post a Comment