Kehidupan Mewah Erdogan dibongkar?
Presiden Wadah Pencerdasan Umat Ahmad Azam Abdul Rahman, menolak dakwaan sesetengah pihak terutamanya media barat yang menjadikan kisah hidup mewah Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sebagai modal mereka untuk menjatuhkan pemimpin itu.
Ahmad Azam berkata, selepas perancangan mereka gagal dalam cubaan untuk menjatuhkan Erdogan melalui rampasan kuasa pada 15 Julai lalu, maka sesetengah pihak yang anti Erdogan menggunakan media barat bagi menjalankan serangan kedua dengan menggunakan kisah kehidupannya sebagai bahan serangan.
"Laporan media barat misalnya menwar-warkan bahawa tandas istana yang diduduki Erdogan diperbuat daripada emas...ada dengan kita yang percaya," katanya dalam Siri Dialog Darul Ehsan Turki Pasca Keduta: Erdogan & Kuasa Rakyat di Universiti Selangor (Unisel), baru-baru ini.
Ahmad Azam berkata memetik kenyataan Erdogan dalam Parlimen Turki, baru-baru ini Erdogan telah menafikan perkara tersebut.
"Erdogan kata dalam Parlimen, kalau datang ke istana aku, pergi tengok kalau ada tandas disitu yang diperbuat daripada emas, jika ada saya akan letak jawatan," katanya.
Dalam pada itu, ujarnya istana yang diduduki oleh Erdogan itu juga terbuka untuk rakyatnya.
"Istana itu juga digelar istana rakyat," katanya.
Bagi Ahmad Azam, Erdogan adalah presiden Turki yang terbaik buat masa kini, sehinggalah muncul seorang yang terbukti untuk menggalas kedudukan tersebut.
"Bagi saya rampasan kuasa pada 15 Julai lalu, mungkin rampasan kuasa terakhir, pentadbiran Turki kini lancar semula," katanya.
Dikenali sebagai Ak Saray (Istana Putih), istana itu dibangunkan di puncak bukit di pinggir ibu kota Ankara, di atas tanah yang luasnya lebih daripada 150,000 meter persegi.
Erdogan membuka istana itu pada 30 Ogos 2014, setelah beliau menjadi presiden.
Istana itu lebih besar daripada Rumah Putih di Washington, Kremlin di Moskow dan juga lebih besar dari Istana Versailles di Paris.
Kebanyakan penentang Erdogan mengatakan Erdogan melakukan pembaziran dengan menghabiskan wang rakyat serta merosakkan hutan sekitar bagi menjayakan projek tersebut.
Post a Comment