Header Ads

Sudah Berbulan Bulan Kahwin Isteri Baru Sedar Suaminya Wanita



Kakishare.my - Seorang wanita dari Boyolali, Jawa Tengah, tidak menyangka bahawa 'suami' yang dikahwininya sejak beberapa bulan lalu sebenarnya wanita.

Memetik laporan portal Jakarta Post, melaporkan bahawa wanita itu yang dikenali sebagai Heniyati, 25, hanya mengetahui identiti sebenar suaminya Efendi Saputra, 40, (Suwarti) selepas tiga bulan menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri.


"Dia (Efendi) memalsukan semua dokumen untuk perkahwinan itu. Dia merubah nama dan jantina dia daripada wanita kepada lelaki. Keluarga saya dan saya telah ditipu. Kami berasa malu," kata ahli keluarga terdekat Heniyati.

Pasangan itu bertemu pada akhir 2015, sepanjang pertemuan itu Efendi mendakwa bahawa dirinya merupakan seorang anggota polis, Heniyati mempercayainya kerana rupa Efendi iras seperti lelaki dengan potongan rambut pendek persis perwatakan seorang anggota polis, selepas bercinta selama enam bulan, mereka bersetuju untuk berkahwin.

Namun, selepas mereka berkahwin, Heniyati mula merasa curiga terhadap Efendi kerana enggan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan menjalinkan hubungan intim dengannya, keraguan itu menyebabkan Heniyati mula mendapatkan maklumat mengenai suaminya itu, sehinggalah satu hari Heniyati mengeledah dompet Efendi dan mendapati di kad pengenalan Efendi tertera nama seorang wanita iaitu bernama Suwarti.

Heniyati dan keluarganya kemudian melaporkan kes itu kepada pihak polis.

Ketua Polis Boyolali,  Adj Sr Cmr Agung Suyono mengesahkan laporan itu dan mengatakan  bahawa Efendi, sudah berada dalam tahanan polis untuk tujuan siasatan.

"Siasatan awal mendapati Suwarti memalsukan semua dokumen peribadinya untuk urusan lesen perkahwinannya.

"Kami masih menyoal beliau untuk mengetahui motif untuk kelakuan itu," katanya sambil menambah bahawa Suwarti akan didakwa atas kesalahan  penipuan dan  pemalsuan dokumen.

Sumber : SH



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.