Header Ads

Sudah Empat Bulan Kami Tidak Tinggal Sebumbung, Along Halau Saya – Zila Seeron



Tiada angin tiada ribut tiba-tiba kami mendapat berita bahawa rumah tangga pelakon Along Cham dan isterinya Zila Seeron kini berantakan apabila Zila menerusi portal BH ONLINE mendedahkan beliau dan Along sudah empat bulan tidak tinggal sebumbung.


Malah, Zila kini berhadapan dengan kes nusyuz yang difailkan oleh Along. Apa yang membuatkan Zila merasa sedih ialah beliau sama sekali tidak pernah mengingkari arahan suaminya itu tetapi beliau sebenarnya dihalau keluar rumah oleh Along.

Benar, kami sudah tidak sebumbung. Pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu.
Ketika itu, saya keluar bersama anak kami (Ahmad Danial, 5 tahun). Namun, seminggu selepas itu, dia ambil anak untuk bercuti ke Legoland dan kemudian langsung tidak benarkan saya berjumpa anak.

Walaupun hak penjagaan anak berpihak kepada Along, beliau tetap akan mendapatkan haknya sebagai ibu apabila kehidupannya lebih stabil.

Memang atas persetujuan bersama anak dijaga oleh suami. Saya hanya dapat berjumpa dengan Danial sebulan dua kali. Sekarang ini saya tiada apa-apa jika mahu mendapatkan hak saya. Tetapi, saya akan tuntut anak saya apabila saya stabil nanti.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.