"Isteri Selalu Pukul Dan Tendang Aku"
Sebelum ini telah menjadi viral di laman sosial kisah seorang suami yang menjadi mangsa tindakan isteri yang boleh dikatakan agak keterlaluan.
Cerita berkenaan mendapat perhatian ramai dengan tajuk 'Cinta lepas kahwin tidak semanis khabarnya', ada yang mengatakan kisah ini sekadar rekaan, ada yang menempelak sikap lelaki berkenaan yang dikatakan dayus, tidak berani dengan isteri.
Namun, beliau mempunyai penjelasannya tersendiri, jom kita baca sambungan kisah ini.
Aku Fadhil, bekas budak UIA yang pernah menulis tentang kehidupan aku lepas berkahwin. Aku tak sangka kisah tu dapat perhatian ramai. Sungguh aku tak sangka. Dekat 10k jugalah yang like, dan beberapa page-page dah viralkan cerita aku. Aku memula happy juga sebab luahan hati aku ni diambil perhatian. Aku rasa gembira sebab pada awalnya, aku sangka kisah aku tu org x ambil endah je.
Tapi bila aku bukak komen2, rasa gembira aku tu hilang. Banyak komen negatif berbanding positif. Ramai kecam aku sebab aku luahkan benda tu. Dan paling aku sedih, cerita aku tu dah dipadam oleh page ini. Aku tak faham kenapa dipadam, tapi aku rasa kecewa sebab seolah2 org ramai x percaya dengan kisah hidup aku tu.
Bai, apa yang aku ceritakan tentang isteri tu semua betul.SEMUA. Dia tendang aku sebab aku tertidur masa nak pergi kenduri, dia malas mandi sampai pernah tak mandi 4 hari, dia selalu belasah dan cubit aku, dia tak bagi keperluan batin yang secukupnya pada aku, malas masak tu takyah ceritalah, malas kemas rumah, dan kemuncaknya, dia belasah aku kat luar rumah sebab lupa nak bagi duit makan dua tahun lepas.
Sumpah, demi Allah aku tak reka cerita ni. Ini benar2 berlaku, dan aku takde masa nak reka2 cerita buat korang semua terhibur. Tak kuasa teman. Apa yang aku tulis ni semuanya peristiwa yang benar2 berlaku.
Ada yang sangkal cerita aku. Dia kata, macam mana aku boleh ingat semua detail cerita tu walhal benda tu dah lama. Bai, segala detail dan perincian cerita yang aku tulis, aku memang ingatinya sebab ada beberapa detail tu bagi kesan besar kat aku. Cuma aku tak cerita lebih2 sebab apa yg aku tulis hari tu pun dah cukup panjang.
Contohnya, peristiwa dia tak kemas rumah, dan dia goreng telur utk dia je. Kesan besarnya adalah, lepas2 tu, aku sentiasa bagi dia duit makan dan aku dah mula ambil tahu hal ehwal peti ais. Sebelum2 tu, aku tak ambil tahu sangat sebab aku ingat dia boleh uruskan. So, aku ingat detail kisah tu sebab itulah titik tolak aku buat habit baru lepas berkahwin.
Ada juga yang tak bagi kesan besar, tapi aku ingat detail. Cuma aku tak faham kenapa isu ingat detail tak ingat detail ni diperbesarkan. Aku muda lagi kot. Benda yang berlaku tu pun baru jadi dua tiga tahun lepas.
Ada jugak yang cakap, aku ni sengaja tulis sebab nak burukkan perempuan pakai purdah. Inilah masalahnya. Apa yang buat korang semua tak percaya dengan cerita aku ni sebab isteri aku ni pakai purdah. Aku takkan burukkan orang pakai purdah sebab aku sendiri hormat orang pakai purdah. Sebab tu lah aku tak berani nak mintak dia bukak purdah depan aku sebelum kahwin. Aku rasa orang purdah ni special snowflakes yang tak boleh saja2 nak diusik.
Walaupun aku dah lalui kehidupan dengan isteri aku ni, aku tetap hormat golongan berpurdah. Aku tetap berpegang bahawa perbuatan isteri aku takde kena-mengena lah dengan purdah. Tujuan aku cerita dia ni pakai purdah adalah sebab dia pakai purdah la. Buat apa aku nak cerita dia pakai purdah kalau dia pakai purdah. Kalau dia pakai tudung saji kat kepala, aku cerita la yg isteri aku ni jenis pakai tudung saji kat kepala.
Ada orang marah aku sebab tak tengok muka dia sebelum kahwin. Aku akui, family aku ni bukan jenis family ada background agama. Akulah satu2nya adik beradik yang kahwin dengan orang ada background agama ni. Abang kakak aku kahwin dengan orang2 biasa je. Mungkin mama dan ayah nak tengok ada menantu dia yg boleh bawa agama dalam family, sebab tu mama pilih isteri aku ni. Ibu mentua aku dulu sama universiti dgn mama aku sebab tu kenal.
Jadi, disebabkan kurangnya ilmu agama, kami tak tahu pun boleh bukak purdah utk sesi perkenalan. Walid dan ummi (mentua aku) dulu pun tak pernah pula dia cakap pasal isu buka tunjuk muka ni. Aku rasa mama aku takut nak minta isteri aku ni buka purdah depan aku sebab takut benda tu sensitif bagi keluarga dia. Mama aku ni jenis macam aku jugaklah, jenis yang patuh dan takut2. Ayah tak ambik port sangat.
Bila fikir balik, kalau dia bukak purdah sebelum kahwin dan tunjuk pada aku pun, aku takdelah nak menolak sangat. Aku tak kisah sangat dengan rupa paras dia. Cuma waktu malam pertama tu, aku terkejut sebab tak macam expectation aku. Aku selalu dengar dan baca kisah kahwin2 dengan perempuan purdah, dan tengok2 diorang ni lawa gila. Lebih terinspirasi bila aku tengok cerita Ayat-Ayat Cinta. Kakakaka. Aku dah terbayang isteri aku ni mesti macam Aisha. Tapi bagi aku, isteri aku sekarang ni lagi lawa berbanding Aisha walaupun mula2 tengok, aku tak rasa macam tu.
Ada orang cakap aku bacul sebab tak melawan. Ya, inilah sebab aku tak cerita kat sesiapa. Dengan mama, ayah, kawan2, semua aku tak cerita tentang keganasan isteri aku ni sebab aku takut orang ejek aku penakut. Ya, memang aku penakut. Tapi, bukan sekadar aku takut, kalau korang jumpa isteri aku, korang akan faham kenapa aku takut. Masa kahwin, badan dia sedang2. Tak sampai lima enam bulan, badan dia mula naik, dan terus naik. Jadi dia agak gempal dan nampak dia macam kakak-kakak je dengan aku.
Lagi2, kalau dia mengamuk, dia jenis mengamuk mcm kena rasuk. Aku ada beberapa kali melawan balik, tapi tak lut. Dia lagi ganas daripada aku dan dia buat aku takutkan dia. Korang fikir lelaki ni lagi kuat daripada perempuan, tapi sebenarnya utk kes aku ni, aku akui yang aku lemah. Aku tak macam suami lain yg boleh balas balik perbuatan isteri dia.
Ada orang cakap yang cerita aku ni macam tak logik sebab takkanlah akan ada peristiwa macam ni berlaku. Yang ini aku tak faham, apa korang ingat takde perempuan kaki pukul ke? Takde isteri berani lawan suami ke? Korang ingat perkahwinan ni seindah yang disiarkan dalam TV tu ke?
Kes pukul suami ni banyak berlaku kat dunia ni tau. Tapi tu la, benda ni orang ambik endah tak endah semua perempuan pukul lelaki. Kalau suami pukul isteri, dikatakan keganasan rumah tangga. Kalau isteri pukul suami, dikatakan cerita jenaka.
Sebab dalam kepala otak masyarakat kita fikir, hanya perempuan saje jadi mangsa keganasan. Semua orang ingat lelaki ni kuat. Dah tu suami macam aku ni macam mana? Siapa nak tolong dan siapa nak backup aku?
Aku sedih dengan komen2 tentang diri aku.
Aku tak tokok tambah pun cerita tentang perkahwinan aku ni. Malah, aku buang sikit cerita supaya xnampak sangat jahatnya isteri aku ni. Kalau siapa yang dah kahwin,nanti dah kahwin nanti kau akan faham perasaan suami terhadap isteri dia.
Walaupun dia benci, tapi dlm hati tetap sayang. Dalam kes aku ni, dia buat mcm mana pun kat aku, aku ada rasa sayang kat dia.
Aku nak tulis sambungan kisah yang terjadi lepas aku kena belasah dengan isteri aku kat luar rumah dan kena tumbuk dengan jiran kami sampai orang2 surau tuduh aku pulak yang belasah isteri aku.
Tapi sebab aku tengok banyak komen negatif terhadap cerita aku, aku rasa cukuplah sampai di sini. Aku memang dah cadang dah nak sambung part II sebab nak habiskan kisah hidup aku bersama dia.
Tapi sebab banyak sangat respon negatif, dicampur lagi dengan cerita aku sebelum ni dah dipadam, aku rasa eloklah aku tak sambung lagi. Post ini hanya nak clarify sahaja komen2 yang orang bagi sebelum ni.
Apapun, cukuplah korang tahu bahawa kami masih suami isteri sehingga kini. Kenapa, bagaimana, dan apa terjadi, cukuplah biar aku dan isteri aku sahaja yang tahu. Aku ada sikit tawar hati dengan masyarakat yang tak habis2 respon negatif pada kisah hidup aku.
Terima kasih atas kesudian utk like dan share cerita aku. Terima kasih juga kerana sudi bagi pendapat. Dan minta maaf kalau aku menyinggung perasaan orang lain. Wasalam.– Fadhil
- Siakapkeli.my
Post a Comment