Header Ads

Jatuh Motosikal Kerana Pokemon Go



Terlalu leka mengejar untuk menangkap 'charmander', karakter dalam permainan 'Pokemon Go', di sekitar kawasan perumahannya, seorang wartawan cedera apabila motosikal yang ditungganginya terlanggar jalan berlubang.


Azim, 25, (bukan nama sebenar) luka ringan di dagu dan lebam di badan.

Menurut Azim, kejadian berlaku semalam ketika beliau tidak bekerja dan bermain Pokemon yang dimuat turun sejak hari pertama permainan itu boleh didapati di Malaysia 6 Ogos lepas.

"Saya mula bermain pukul 5.30 petang, dan tidak lama kemudian berjaya menangkap 'poliwag' dalam bilik di rumah di Taman Lembah Keramat.

"Semakin teruja, saya terus bersemangat untuk menangkap lebih banyak karakter Pokemon, dan apabila charmander muncul kira-kira 100 meter dari rumah, saya mengambil kunci motosikal dan menunggang secara perlahan mencari lokasi charmander menggunakan 'Go Radar'," katanya kepada Bernama.

Jelas Azim, jalan di sekitar kawasan perumahannya lengang ketika itu dan sambil memegang 'handle' motosikal dengan sebelah tangan dan tangan kiri memegang telefon bimbit, beliau menunggang perlahan.

"Tiba-tiba tayar motosikal termasuk lubang dan saya tak dapat mengawal motosikal sehingga terjatuh. Mujurlah tak cedera teruk dan tidak ada kenderaan lain pada masa itu," katanya sambil menambah akan lebih berhati-hati selepas ini apabila bermain dengan permainan itu.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.