Header Ads

Suami Adira Mahu Isteri Pertamanya Turut Hamil Sama



Datuk Adnan telah mengesahkan bahawa penyanyi berkenaan telah pun hamil 7 minggu. Malah dalam masa yang sama, suami Adira juga mahu isteri pertamanya turut hamil sama.


Perkara tersebut dikongsikan oleh isteri pertama Datuk Adnan atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Red. Namun dirinya merasakan ia bukanlah masa yang sesuai untuk kembali mengandung.

“Saya tahu dia mengandung ketika sambutan rumah terbuka Aidilfitri yang lalu. Nasihat saya agar dia menjaga pemakanan dan jangan stres. Saat ini saya biasa sahaja bila tahu dia mengandung, mungkin bila ada anak nanti kami akan berkongsi perasaan yang sama”

“Suami saya juga ada beritahu yang Adira mengandung, dalam masa yang sama minta saya juga hamil sekali. Bagaimanapun saya rasa biarlah dulu. Belum masanya untuk saya kembali mengandung,” katanya kepada Utusan Online.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.