Header Ads

Misha Omar Selamat Melahirkan Bayi Lelaki




Penyanyi Misha Omar selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras, di sini, jam 10.20 malam tadi. 

Bayi seberat 2.05 kilogram itu dilahirkan secara normal, tiga minggu awal daripada tarikh jangkaan apabila Misha, 34, mengalami pendarahan selepas selesai penggambaran muzik video lagu duet terbaharunya bersama Adibah Noor, Jiwa Sentuh Jiwa di Morib, Banting. Penyanyi Bunga-Bunga Cinta itu ketika dihubungi berkata, dirinya berdepan tanda awal bersalin sekitar jam 8 malam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. 

Apabila kontraksi yang dialaminya semakin kerap, Misha ditemani pengurus yang juga kakaknya, Mimie Omar bergegas ke hospital kira-kira jam 10 malam untuk melakukan pemeriksaan. 

"Saya bagaikan tidak percaya apabila doktor memberitahu sudah tiba masa untuk melahirkan, sedangkan sebelum ini saya dijangka menimang cahaya mata pada pertengahan bulan depan. 

"Alhamdulillah dalam suasana panik itu, semua urusan dipermudahkan dan saya selamat melahirkan cahaya mata sulung pada jam 10.20 malam.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.