Header Ads

'Terima Kasih Sayang' - Isteri Terharu Terima Kejutan Tak Disangka Sangka Daripada Suami



Assalamualaikum wbt

10 Februari 2015 yang lepas maka genaplah usia saya kini berusia 30 tahun dan bergelar seorang ibu dan dan isteri. Seperti biasa jika hari lahir suami atau hari lahir saya, kami akan adakan mini celebration je.  Tidak perlu besar-besaran.

Dan pastinya pada hari lahir sudah tentulah kita inginkan hadiah bukan? Tapi semasa sambutan hari lahir saya, sedih juga kerana tidak dapat hadiah dari suami pun, dalam hati saya berkata ” mungkin dia lupa nak beli kot“.. ayat nak sedapkan hati..

Saya pun faham, suami bukan seorang yang bergaji besar untuk saya mengharapkan hadiah yang mahal daripadanya. Tapi dia seorang yang bekerja kuat untuk saya dan anak anak. Alhamdullilah semua keperluan anak beranak cukup dan saya tak pernah rasa kekurangan.


Tapi selang beberapa hari kemudian, sedang saya mengemas bilik ternampak sebuah kotak (seperti gambar di atas) . Sebab dalam bilik memang banyak kotak-kotak hadiah perkahwinan yang dulu dulu, ada satu kotak hadiah tu tak pernah saya nampak dan kelihatan baru. Saya tidak membukanya mungkin itu barang peribadi suami.

Esok harinya saya bertanya pada suami, “kotak apa ni?” lalu suami jawab, “bukalah“..

Taraaaaa..!!!!!!

Sekotak set skinscare yang memang saya nak iaitu co-white. Rupa-rupanya itulah hadiah dari suami buat saya sempena ulangtahun kelahiran saya! Memang suprise suprise ar..Memang saya teringin nak mencuba produk ni dan baru seminggu lepas saya cakap dengan suami. Tak sangka si dia ingat juga nak beri hadiah ni pada isteri yang cantik ni..Terharu rasanya..


Walaupun apa-pun saya berterima kasih sangat kepada suami saya kerana hadiah ini dan ianya sangat teristimewa. Tak sangka suami sanggup beli. Macam tak percaya sebab suami jarang beli hadiah macam ni. 

"Terima Kasih Sayang"


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.