Header Ads

Bapa Tiri Durjana, Cabul Anak Tiri Berusia 8 Tahun




Baling: Seorang lelaki berusia 53 tahun ditahan hari ini, kerana disyaki mencabul anak tirinya berusia lapan tahun selepas ibu mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Baling, kelmarin.

Ketua Polis Baling Superintendan Shariffuddin Yusuf berkata, suspek yang tinggal di Kampung Bechah Tok Bulan, Dalam Wang, Pulai, di sini, dipercayai melakukan perbuatan itu Ramadan lalu, di kediaman mereka.

Menurutnya, mangsa dipaksa menanggalkan pakaian sebelum suspek meraba kemaluannya dan mengarahkan supaya tidak menceritakan kepada sesiapa.

"Akibat ketakutan kanak-kanak itu mendiamkan diri namun perkara itu terbongkar selepas dia menceritakan kepada ibu saudaranya, kelmarin.

"Kita yang menerima laporan, mengesan suspek sebelum menahannya pada 1 pagi tadi di rumahnya," katanya.

Shariffuddin berkata, hasil siasatan, suspek yang bekerja sebagai penoreh getah mengaku melakukan perbuatan itu.

"Suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.