Header Ads

Lelaki Pakistan 62 Tahun Ugut Mahu Rampas Kapal Terbang




Kota Kinabalu: Seorang lelaki Pakistan ditahan selepas melakukan ugutan merampas kapal terbang ketika berada di pintu pelepasan untuk menaiki penerbangan ke Brunei di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 8.40 pagi itu, suspek berusia 62 tahun didengar berkata 'I am hijacking your plane' terhadap pekerja syarikat penerbangan ketika pemeriksaan pasport di Gate 2.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten M Chandra, ketika dihubungi sebentar tadi, mengesahkan kejadian itu.

“Ketika kejadian, kakitangan syarikat penerbangan itu meminta suspek menunjukkan pasportnya untuk pemeriksaan terakhir sebelum memasuki pesawat.

"Bagaimanapun, suspek dikatakan berang lalu mengeluarkan ugutan berkenaan," katanya.

Lelaki itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.