Ridzuan, Abdul Latif Dan Ziyad Buat Negara Dikenali Dimata Dunia

Siapa kata atlet paralimpik negara tidak setanding dengan atlet-atlet dari negara-negara lain? Siapa kata kontinjen-kontinjen paralimpik negara tidak berpeluang untuk meraih pingat emas pada Sukan Paralimpik yang berlangsung saban empat tahun sekali.
Ini adalah antara kata-kata yang mungkin dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak yakin akan kebolehan atlet-atlet Paralimpik negara. Bagi si pengkritik sebegini, mereka tidak mahu melihat atlet-atlet kita berjaya di persada antarabangsa.
Sebenarnya, situasi sedemikian bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Dalam apa keadaan sekalipun, tentunya ada manusia-manusia tertentu yang pastinya mempunyai alasan untuk mengkritik mahupun menidakkan sumbangan golongan berkenaan.
Bagaimanapun, pencapaian atlet-atlet Paralimpik negara di Rio kali ini amat memukau. Tiga pingat emas dalam tempoh sehari kesemuanya dalam acara olahraga merupakan sesuatu yang tidak kita jangkakan sama sekali. Ini juga bermakna prestasi kontinjen negara dalam Sukan Paralimpik kali ini adalah yang terbaik dalam sejarah.
Kejayaan tiga atlet paralimpik negara meraih pingat emas di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro berjaya menjulang nama Malaysia dalam melahirkan atlet Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berprestasi tinggi.

Pingat emas pertama dimenangi Mohamad Ridzuan dalam acara 100m T36 (celebral palsy) dengan catatan 12.07 saat, sekali gus memadam rekod kejohanan milik Roman Pavlyk dari Ukraine iaitu 12.25s yang dilakukan di Beijing pada 2008.
Pingat emas kedua diraih Muhammad Ziyad dengan rekod baharu dunia acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran). Catatannya 16.84 meter itu mengatasi rekod lama 16.29m milik Todd Hodgetts dari Australia yang dilakukan pada Sukan Paralimpik London.
Abdul Latif melakar sejarah besar apabila tiga kali memecah rekod dunia dalam acara lompat jauh kategori T20 sebentar tadi apabila mencatat lompatan emas 7.47 meter (m), diikuti 7.54m dan 7.60m
Malaysia pernah memenangi pingat pada paralimpik sebelum ini tetapi hanya perak dan gangsa.
Untuk mengikuti aktiviti dan program di bulan kemerdekaan ini anda boleh layari Facebook : Merdeka 360

Post a Comment