Header Ads

Ada Tak Telefon Harga Murah? RM80 Ini Saja Yang Atok Ada Nak'




Lusa yang lalu, ada seorang pakcik tua datang ke kedai nak beli telefon. Dia datang dengan motosikal yang kelihatan agak usang dengan berbaju Melayu, songkok dan kain pelikat.

"Waras lagi atok ni. Kalau boleh, aku nak rakam gambar atok ni," kata aku dalam hati.

Tetapi bila difikirkan semula, berjumpa dengan pakcik ini di depan-depan mata pun aku dah keluarkan air mata. Apa lagi kalau aku simpan gambar pakcik ini.

Sebelum ini, dia pernah datang ke kedai aku, perkara yang sama dia kata nak beli telefon bimbit.

"Atok datang nak beli telefon. Nak telefon anak, bila sakit bolehlah telefon anak atok. Ada tak telefon yang paling murah?" soalnya.

"Atok telefon paling murah pun harga RM90. Telefon yang tekan dua butang ni," aku kata padanya.

"Ada tak yang lebih murah?" dia cuba bertanya lagi.

"Tak ada atok, telefon yang inilah yang paling murah di kedai saya," jawapan aku menyebabkan dia terdiam seketika.

"Ini sajalah duit yang atok ada. Atok dah tak ada duit lagi dah. Atok nak duit pun atok kena tunggu anak-anak atok bagi. Atok duduk seorang, tinggal di rumah seorang. Atok kalau makan pun atok makan apa yang ada di rumah. Itu pun makanan yang anak atok bagi. Atok semua kena buat sendiri," jelasnya sambil mengeluarkan wangnya dari plastik lusuh yang keseluruhan berjumlah RM80.

Kata-katanya itu membuatkan aku hampir menangis, tetapi aku masih mampu menahannya.

"Atok nak beli telefon saja ke? Kalau beli telefon, tak ada simkad, telefon tak dapat digunakan. Atok kena beli simkad dengan telefon sekali, baru boleh guna," jelas aku pada dia.

Lagi aku bercakap, lagi aku terasa nak menangis apabila melihat dia memegang telefon berharga RM90 dengan simkad RM10 yang kesemuanya berjumlah RM100.

"Atok ada RM80 saja, mana nak cari RM20 lagi?" gumamnya sendiri.

"Tak apalah atok, telefon ini saya bagi harga RM50 sekali dengan simkad RM10. Jadi atok cuma beri saya RM50 sahaja. Lagi RM30, atok buatlah belanja seharian. Nanti atok nak beli apa-apa, senang ada duit," aku kata pada dia.

Dia tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

"Terima kasih ya nak," katanya.

Dalam hati aku, 'tak apalah atok, saya cuma membantu atok. Saya teringat kalau saya macam atok nanti, macam manalah rasanya bila ditinggalkan macam atok'.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.