Aku Dan Al Quran.. Masa inilah aku mula rapat dgn Al Quran.
Bismillahirrahmanirrahim. Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah saw.
Sebelum aku meneruskan penulisan ini, elok rasanya aku perkenalkan siapa diri aku. Aku seorang isteri, ibu dan pendidik. Selebihnya aku hamba Allah yg lemah, sentiasa berbuat salah dan dosa serta bukanlah niat aku bercerita ini adalah untuk meninggi diri dan perasan bagus. Aku cuma nak share tentang nikmatnya hidup bila kita jadikan Al Quran teman dalam hidup kita. Sebab aku agak terkilan dengan layanan orang kita dengan Al Quran. Seolah olah Al Quran itu asing bagi mereka. Sesekali je nak buka itu pun baca Surah Yasin je..itu pun sekali seminggu. Rasa Al Quran bukan diturunkan untuk kita semua tapi untuk tuan2 guru, ustaz2 dan pelajar tahfiz sahaja. Sedangkan Al Quran itu mukjizat Rasulullah yg satu- satunya masih ada bersama kita dan Allah memang ada sebut dalam Al Quran sendiri bahawa Al Quran adalah sebagai panduan, penawar dan rahmat bagi kita. Sebelum tu, aku perkenalkan diri aku serba sedikit.
Aku dilahirkan di kampung dan mula di ajar membaca Quran oleh ibuku. Dialah yg mengajar aku mengaji, kebetulan dia pun guru Quran. Tp masa tu Al Quran di ajar tanpa tajwid, kenal huruf dan boleh mengaji kira oklah. Jadi rutin aku mengaji setiap petang di sekolah Agama Rakyat sampailah habis darjah 6. Masa di tingkatan 1, aku kena masuk asrama Rancangan Khas sampai tingkatan 3. Lepas tu aku dapat masuk SBP semasa tingkatan 4. Masa inilah aku mula rapat dgn Al Quran. Sebab di asrama ni aku kena solat di surau dan tak boleh solat di dorm. Di surau ni ada Al Quran bersaiz besar. Jadi memang senang nak baca. Dah jadi rutin, lepas solat baca Al Quran. Kehidupan aku agak teruk masa kat SBP ni, aku ada masalah pembelajaran sebab terkejut dengan budayanya yang berlainan dgn sekolah lama. Kawan rapat pun takde. Jadi bila baca Quran rasa tenang je.
Alhamdulillah aku dapat keputusan yg agak baik juga dlm SPM walaupun rasa macam tak berapa yakin boleh lepas. Kemudian aku sambung matrikulasi, dulu matrikulasi di IPTA. Di U(universiti) ni baru aku kenal Al Quran terjemahan dalam usrah-usrah yg aku hadiri. Kehidupan sebagai pelajar memang stress, Alhamdulillah aku terus istiqamah dgn Al Quran terjemahan. Aku mesti baca Quran sekali dengan terjemahan setiap selesai solat Subuh dan Maghrib. Dipendekkan cerita lepas habis study aku pun kahwin dan terus mengandung. Masa mengandung ni aku amalkan baca surah Maryam, Yusuf, Luqman dan Yasin. Aku pastikan aku khatam beberapa kali dlm masa hamil. Sebab aku yakin Al Quran ini mukjizat. Sangat penting bg tumbesaran janin dlm kandungan. Begitulah yg aku amalkan setiap kali aku hamil. Anak2 aku pun dah besar2 sekarang dan berada di IPTA .
Point yg aku nak ceritakan ialah syukurnya aku dengan anak- anak aku ni. Selalu kawan-kawan aku merungut anak- anak mereka degil, malas ke sekolah, malas belajar, malas sembahyang, bergaduh adik- beradik dan macam- macam lagi. Alhamdulillah anak2 aku senang diuruskan sejak lahir sampai sekarang. Biasalah budak2 nakal, tapi tidaklah sampai serabut kepala aku. Ikut je pantang larang kami suami isteri. Tau nak bantu kerja rumah, tau masa belajar dan solat. Terima je makanan beli ke apa yg aku masak..never complain. Sekarang mereka dah dewasa dan remaja, Alhamdulillah semuanya baik setakat ini. Tiada masalah merokok, merayap waktu malam, couple dan sebagainya, yg selalu rakan sebaya aku rungut kan tentang anak2 mereka. Anak2 aku taklah hebat, pandai sampai dapat Anugerah Dekan, ahli sukan atau pemimpin universiti. Tapi cukuplah mereka sebagai Qurratun’ ayun(penyejuk mata) aku.
Bila aku renungkan kembali mungkin inilah hikmahnya aku baca Al Quran semasa mereka dalam kandungan lagi. Lahirlah anak yg mudah diuruskan, taat dan sentiasa jadi teman kami suami isteri. Aku bukanlah ahli agama nak huraikan kehebatan Al Quran. Aku org biasa- biasa sahaja tapi aku yakin dgn Al Quran sebagai mukjizat. Syukurlah anak2 aku juga menjadikan amalan membaca Al Quran dlm hidup mereka. Jadi di kesempatan ini, aku nak pesan pada ibu-ibu muda, jadikanlah amalan baca Quran dan khatam sampai bersalin priority bila hamil. Bukan nak ikut selera makan, shopping brg2 baby dan sebagainya yg jadi keutamaan. InshaAllah kita akan lahirkan anak2 soleh penyejuk mata. Anak yg taat pada Allah dan Rasul. Itulah kejayaan sebenar dlm Islam.
Aku minta maaflah kalau penulisan aku ni menyinggung mana- mana pihak atau membanggakan diri. Aku cuma nak share kehebatan Al Quran dan kesannya dalam hidup aku. Sebenarnya ada satu lagi hikmah Al Quran dalam hidup aku yg boleh di share. Mungkin di kesempatan yang lain boleh aku kongsikan. Moga penulisan aku menjadi amalan soleh aku. Moga kita sama- sama dapat jadikan membaca Al Quran dan maknanya keutamaan dlm amalan harian kita. InshaAllah Al Quran juga akan jadi teman kita dlm kubur. Sekian.
Wassalam. HambaNya. Sri
Post a Comment