Header Ads

Roomate Aku Ni Dah Bukan Dalam Kategori Psycho Dah Ni



Assalamualaikum and Hi! First of all, thanks to iiumc sebab buat page macamni utk sesi luahan yg realitinya kami yg merasainya tak mampu meluahkannya secara zahir. Hanya mampu berkongsi cerita di alam maya je utk dapatkan nasihat dan sokongan netizen. Sorry sebab post aku panjang tapi kisah aku benar. Terserah pd manusia yg tidak mahu mempercayainya. 

Aku nak luahkan mengenai kawan aku yg aku rasakan betul2 ‘psycho’. Aku ingat tu semua dalam novel or adegan filem seram je. Tapi percayalah. Manusia2 psycho ni mmg wujud di muka bumi ni. Aku diterima masuk di salah sebuah ipta terkemuka di Malaysia ni. Aku buat permohonan utk tukar level kolej sebab masalah kesihatan aku ketika tu. So, aku ditempatkan di level paling bawah di bilik pesakit. Dah nama pun tempat baru, kawan pun baru nak kenal2. Aku sorang2 je dalam bilik tu. Tunggu gak aku nak tgk siapa roomate sebelum family aku berangkat balik. Tapi takde! Akak aku cakap, aku mesti dapat roomate senior. So dia suruh aku pi cari kawan dgn budak level aku tu supaya aku tak berkeseorangan malam nanti. Puas jugak aku usha2 budak level aku. 

Aku nak cari kawan yg aku rasa mcm kena dan ngam dgn perangai aku. So aku peratiii jela perangai sorang2 sampai aku terpikat dgn seorang gadis ni. Mmg sopan. Dia kos Tesl. Berpusing2 lidah aku nak cakap dgn dia sebab dia mcm loghat mat salleh sikit. Tapi aku suka gaya dia. Lembut, cantik, manis. Senang cerita sebijik mcm aku. Hahahaha! Maksud aku, aku tak berapa selesa sangat kalau dgn budak2 yg over mengalahkan lelaki punya perangai. Perangai2 mcmnii, aku boleh go on lagi. Disebabkan aku dah ada kawan, family aku pun beransur pulang dgn senang hati dan gembiranya meninggalkan aku di alam universiti yg aku sendiri taktau bagaimanalah liku2 kehidupannya nanti. Aku pun ajak la dia temankan aku sepanjang orientasi ni sebelum roomate aku a.k.a budak2 senior masuk lg seminggu. Dia pun setuju je. 

So bermulahlah kisah aku bersama ‘roomate-ku psycho’. Hari pertama orientasi habis tepat2 jam 12 tgh malam. Mcm biasa, kawasan sini berhutan dan keras sikit. (Sebab akak aku dulu ex student sini. So dia dah cerita serba sedikit ttg beberapa tempat). Mulalah ramai budak2 perempuan kena sampuk la histeria la. Aku buat pekak je sepanjang jalan nak balik ke bilik. Aku baca ayat kursi dalam hati. Aku ni kuat semangat sebab dah biasa berhadapan situasi mcmni. Kiranya aku ni takde la mcm perempuan gedik2 tu kalau terkejut sikit “auww!”, Kalau nampak lipas sikit, bergedik nk lompat kat pakwe ke ape. 
Aku just rock and steady even penampilan aku mcm budak2 gadis melayu terakhir. Yg penting, hati tu kena sado! Sampai je depan bilik, perkara pertama yg berlaku yg buat aku agak dah mula rasa lain mcm bila seekor kucing hitam dtg dan terus kencing depan bilik aku. Padahal aku baru sampai kot? Tak kan kucing ni boleh lepas hajat cmtu je time aku tgh bukak kasut. Kawan aku cuma senyum je. Aku kata, jom mandi. Amik wudhuk sebelum tido. Ni kawasan baru. Banyak yg kita tak biasa lg. Dia ikut je rentak aku. Aku terus solat isyak (mmg lambat sb biasa la orientasi. Senior sibuk ajak main tepuk lalat la, tepuk2 semangat la sampaikan time azan pun depa buat dengar tak dengar. Nasib baik aku junior. Kalau tak, dgn kepala2 dia aku tepuk sekali) Habis je solat, aku mengaji. Aku tgk kawan aku tu baring . Dia diam je sambil mata melilau-lilau tgk syiling. Aku sambung mengaji. 

Entah mcm mana tiba2 dia dok belakang aku betul2 depan pintu bilik lepastu ckp “weh baca kuat lagi. Dia taknak keluar.” Mata aku dah membulat. Nasib baik sebelum amik wudhuk aku dah siap2 buang air. Kalau tak, mmg terkucil kejap. Tapi aku ngaji je kuat2. Layankan je. Biar satu kolej dengar kemerduan bacaan ayat suci Al-Quran malam2 buta ni. Habis je mengaji, dia ckp “dia dah keluar dah. Tapi kau kena selalu mengaji. Takut dia datang balik.’ Aku balas, “kau tido jelah. Mcm2 bunyik lak kau ni malam2 cmni. Meh tido sebelah aku kalau takut sangat.” padahal aku yg takut sebenarnya. 

Yela. Budak ni ada six senses ke oii boleh tgk2 benda halus ni? Dia pun tido dgn aku. 1 katil bujang bersama2. Tp aku terperasan tangan dia teruk. Asal aku tak perasan dr td? Tangan dia mcm pecah2. Terkopek2 kulit. Dua2 belah tapak tangan lak tu. Aku nampak masa aku ajak dia sama2 baca ayat kursi dan 3 kul sebelum tido dan sapukan dr kepala sampai ke kaki. Dan kaki2 dia pun sama terkopek2! Aku baru nak tanya, dia dah jawab siap2. “Tangan aku ni bukan penyakit. Dia mmg tak boleh sembuh sebab ni mmg kesan dr sakit aku dulu.” Ahh sudah! Malas aku nak tanya. Kang pukul berapa aku nak tido?! Dr tadi aku tgk dia main2 tgn dia, baik aku buat2 terlelap. Yg tak boleh blah tu, time dia peluk aku tiba2. Melompat aku. Bukan melompat, free gift sekali dgn tendangan aku khas utk dia sebab aku terkejut. 

Aku mmg sensitif kalau org peluk2 pinggang aku. Terkejut dia tgk tindak balas drastik aku. Aku ckp “kau kenapa? Sory2. Aku terkejut.” pastu dia boleh mengilai lak malam2 sebab dia kata mcm lawak. Lawak mende kau? Aku terkejut sebab terasa kulit2 rekahan dia tu kasar2 kena kulit aku. Aku ingatkan monster ke ape tadi. So malam pertama aku, mmg mengecewakan. Aku tak dapat tido dgn lelapnya sampaikan bilik aku mcm nak roboh kena ketuk dgn senior. Tgk2 dah pukul 7! Gara2 dia, aku tak mandi pagi masa aritu! Hari seterusnya, aku tido mcm biasa. Tp tiba2 aku tersedar dalam pukul 3 pagi. Aku bangun2, dia takde kat sebelah . Pulak dah! Mana budak niii. Paling aku geram, dia tak kunci pintu! Gila kau! Aku dah la ground floor. Mak aku ckp, kalau jumpa hantu ,pengsan je. Kalau jumpa lelaki? Argh. Tak dapat aku bayangkan nasib aku kalau apa2 terjadi. 

Aku pun keluar la dari bilik. Aku tgk dia duk mencangkung sorang2 kat padang bola jaring. Elok aku otw ke tempat dia, dia dah pusing. Sumpah terkejut aku. Belakang rambut dia ada mata lg ke? Dia terus ckp “masuk2. Banyak sangat lak berkeliaran atas ni.” sambil dia tgk kat langit kat area padang tu. Aku pun start nak angin laa. Aku ckp la, “kau kenapa? Kalau kau tak sihat, jgn keluar malam2. Kau roomate aku. Apa2 jadi, aku kena tanggungjawab.” Dia cuma balas, “kau baik. Jarang aku jumpa org baik yg innocent mcm kau.” Pastu dia masuk and terus tido. 

Tapi aku sempat pesan, kalau nak keluar sangat bawak kunci. So bilik ni sentiasa berkunci lg2 time aku tgh tido. So aku pun kembali buat taik mata. Baru aku nak terlelap, dia menjerit kat telinga aku. “Wehh!!” Nasib baik aku tak back hand dia. Aku pun mula la panas hati balik. Baru nak cool down. Tp tiba2 dia ckp, “kau panggil aku ke?” Bila masa weh? Bila masa! Arghh apa problem kau ni?? Baru berapa hari mcm2 benda pelik kau buat! Dia kata aku bisik nama dia kt telinga dia. Kau ingat aku lesbian ke nak romantik bagai tu??! Aku just balas, “kau tido la sebelah aku. Kau nak pegi mana2, kejut aku. Tu la. Kaki tak cuci waktu nak tido.” Aku buat2 mcm cool je padahal bulu2 roma aku mmg dah terpacak mcm nyanyi lagu negaraku dah. 

Tapi yg peliknya, malam2 ada kucing putih tido depan bilik aku. Dia tak bangun2 lak tu masa aku belai2 dia. Tp bila aku bangun pukul 4 pagi, dah takde . Malam je ada. Kawan aku ckp, bilik aku dah ok. Selamat. Mmg selamat. Yg tak selamatnya dok dgn kau! Boleh naik gila aku! Alhamdulillah tamat orintasi aku selama seminggu. So senior dah masuk. Kawan aku pun dah balik pi bilik dia balik. Aku harap2 sampai sini je penyeksaan aku. Tapi rupanya tak. Tiap2 pukul 3 pagi dia ketuk bilik aku ckp nk tido sebelah aku. Dia ckp roomate dia dah kunci bilik. And dia suka dok kat padang tu sorang2. Malas dah aku nak tegur. Sampaikan 1 hari tu aku balik bilik dlm 6ptg sb kelas aku pack . Tiba2 roomate dia ckp, “,wehh kawan baik kau pengsan tadi kt fakulti.” Baru aku nk jwb, tiba2 dia dok belakang aku. “Eh kau dah balik? Lama aku tunggu kau. Akk senior bilik kau ckp, kelas kau arini full.” Aku dok tgk dia atas bawah. Ok je? Aku pandang budak roomate dia tu. 

Dia terus blah. Aku tgk, semua roomate dia yg 1 kos ni mcm tak suka dia. Pelik. Aku tanya la bukan kau jatuh ke kt fakulti td? Dia just ckp, dia pening. Tu je. Ok pedulikan… assignment aku banyak nak kena fikir dari nak hadap perangai pelik kau. So aku melalui liku2 kehidupan aku mcm biasa. Jumpa gitu2 je sb  masing2 dah sibuk. Tp tiba2 roomate dia msg aku. (Ktorg 1 level mmg rapat and masing2 kena simpan no masing2) Dia msg ckp kawan aku dah nk dekat 1bulan tak datang kelas. Surat warning dah banyak kali hantar kt family dia tp takde maklum balas. Pastu aku nampak dia baru balik dgn pakai baju kurung n buku2 kt tgn. “Eh . Aku gila ke, dia gila ke or roomate dia yg gila ni? Elok je minah ni balik kelas??” 

Aku tanya direct kt dia btl ke x dia dh sebulan tak masuk kelas. Dia menidakkan kata2 aku. Sampai la 1 hari tu aku dah tak tahan, sebab semua masalah dia kat faculty dia, semua report kat aku. Ingat aku kakak dia ke? Tp disebabkan aku ni mmg friendship goals, aku mmg concern pasal hal kawan2. Aku jumpa roomate dia. Suruh cerita ape masalah kawan aku. Roomate dia ckp mcm2. Semua yg pelik2. Dia ckp,mlm2 budak ni suka keluar pastu  pintu dibiarkan ternganga. Kdg2 dia jd agresif tiba2 bila org tersilap ckp dgn dia. Bila mandi, masuk sebelum magrib, keluar selepas isyak. Time tgh tido, dia terus terduduk n melilau2 mata. And banyak lg yg aku sendiri tak ingat. Masa roomate dia tgh rancak bercerita,tiba2 dia terdiam. Aku yg excited ni ckp la “weh cite lagi!”. Tp dia terus amik buku and keluar dr bilik. Aku pusing je kawan aku kat sebelah. Aku rasa, kalau ikutkan mmg jantung aku dah 2 3 kali aku kutip sebab terkejut dgn kelakuan kwn aku tu! Pastu dia ckp “jom makan sama2. Aku suap.” Aku yg tgh terkejut and takut sikit tu, diam je. 

Dia suap je nasi tu kt mulut aku dgn menggunakan TANGAN!! Ye tangan! Tangan dia yg terkopek2 tu. Dlm hati aku hanya mampu berdoa je. “YaAllah, jauhkan aku dr segala mcm penyakit kerana aku benar2 menjaga hati dan perasaan kawanku ini.” 2 3 kali jugak dia suap sampaikan aku ckp dah kenyang. Baru dia stop . Pastu dia mengilai lg. Dia ckp sepanjang hidup dia, takde siapa berani nak terima suapan dia sb geli dan jijik dgn tangan dia tu. Tapi aku tak. Aku baik. Muka aku tak nampak pun mcm geli. Itu diia yang kata! Aku??! 

Hanya Allah je tahu mcm mana bergelodak perut aku masa tu sebab dah terlalu loya. Tapi aku tahan je demi kawan. So lama2 aku dah biasa. Dah biasa dgr dgn tgk kelakuan pelik dia. Tp yg aku tgk tu  semuaz roomate dia ckp biasa2 je. Dlm bilik lg dasyat. Aku xtau dasyat cmne sb dgn aku dia still under control je aku tengok. Lagi sebulan kitorang nak final. Roomate dia ckp dia dah behenti. Aku call fon dia. Dah takde dalam perkhidmatan. Nak dkt 2 tahun aku lost contact dgn dia. Sampai la hujung tahun lepas dia call aku guna no lain. Dia ckp dia baru jatuh dr tingkat 2 rumah dia. Nasib baik aku tak terlepas kata, “mati ke?” Kalau tak, mau sentap jiwa dan raga dia. Dia kata ok je. Kepala je tercalar. Gila kau tercalar je kepala? Pakai helmet siap2 ke sebelum terjun? Lepas call tu, balik je aku call no tu xde dlm perkhidmatan. Pelik gila. Aku taktau mcm mana cepat sangat no tu mati dlm servis. Sampai ke hari ni genap 4 tahun aku tak dengar khabar dia. Taktau hidup ke mati ke. Yg aku tau, roomate dia ckp dia ada problem sikit. Mcm psycho sb family dia jenis tak amik peduli dan kisah pasal dia. sampai situ je kisah aku bersama budak phsyco. 

Cerita ni sikit pun aku takde tokok tambah. Semua perangai pelik yg dia buat tu, semua aku ingat. Jgn kau nak cakap aku ni hebat dlm mengarang novel seram bagai. Ini kisah benar. Manusia psycho tu mmg wujud. Cuma mcm mana cara kau nak handle je, kau kena pandai2. Silap langkah, tangan dia ada pisau pun dia boleh buat main dgn kau. Serius! Kau nak gelak pun gelak la. Tapi sekurang2nya aku ada pengalaman berjumpa dgn manusia2 mcmni. Aku harap, kalian semua tak berjodohan dgn manusia psycho sebab berkemungkinan diri kau diselubungi misteri . Siapa gila sebenarnya? Yang benar, “Kawan si budak pyscho” – Kawan Si Budak Physcho



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.