Header Ads

Kerana Aku Seorang Pendiam, Kawan Serumah Pandang Serong



Bismillah.. 
Aku tak tahu macam mana nak start. Aku tak pernah bagitahu dekat sesiapa pun pasal ni. Sebab memang jenis aku, tak suka cerita dengan sesiapa. Aku ni nak kata pendiam pun tidak, kadang-kadang bila datang time mood elok tu aku cakap banyak jugak dan kadang-kadang buat lawak. Tapi ada masa aku memang diam sampai dengan roommate sendiri pun aku tak sembang. Kadang-kadang aku rasa diam itu lebih baik untuk aku daripada bercakap banyak. Aku boleh buat kerja aku, aku boleh study, aku boleh dengar lagu, tak kacau sesiapa pun. 

Oleh sebab perangai aku ni yang kadang bising kadang diam, ‘mood swing’ bak kata orang yang kenal aku, orang ingat aku ni marah dekat dia, sombong, taknak bercampur dengan orang. Wallahi, niat aku tak pernah sampai ke situ. Tapi roommate aku, housemate aku selalu salah tafsir aku. Roommate aku ape lagi, suka fikir yang bukan2. Bila aku diam dia ingat aku ni tengah mood swing. Jenis yang asyik takde mood, jenis yang tak mesra. Aku dengan dia selalu juga salah faham. Dia jenis yang bising, cakap banyak dan cakap dengan nada yang kuat. Menjerit-jerit, gelak besar dengan housemate yg lain. 

Kadang-kadang aku join sekali dan aku boleh gila-gila dengan diorang. Perempuan gelak kuat depan kawan sendiri, biasalah tu. Tapi ada masa aku malas. Bukan nak buka aib diorang tapi diorang suka mencarut. Perkataan-perkataan yang bila aku dengar, aku akan terdiam. Bukan nak kata sebab aku bertudung bawal labuh sikit aku ni baik, dan bukan jugak aku nak judge tapi aku jenis yang tak suka dengan mencarut. Kalau aku jenis judge orang, dah lama aku keluar tapi Alhamdulillah aku boleh terima diorang macam mana diorang terima aku. 
Pernah sekali, aku diam sampai tak terkeluar satu patah perkataan pun dari mulut aku. Roommate aku apa lagi, bukan main marah. Pergi cerita dekat kawan dia cakap perangai aku dah berubah. Cerita dekat housemates aku yang bukan-bukan pasal aku. Ya Allah, kadang-kadang bila aku tak tahan sangat, aku menangis dalam diam. Aku nak call mak, tapi aku taknak burukkan roommate aku. Ada satu hari, kitorang gaduh yang paling teruk sekali. Seminggu aku dengan roommate dan 2 orang lagi housemates tak bercakap. Rumah pun jadi sunyi sebab kami selalu bersembang dan gurau. Itu kali pertama benda macam ni jadi. Aku takde twitter dan sebab nilah, roommate aku selalu sindir2 aku dalam twitter. Ye, dia tak sebut nama aku tapi aku tahu itu aku. 

Sorang kawan aku ni tunjuk apa yang dia tulis kat twitter. ‘Orang yang kita nampak baik, sebenarnya itulah orang yang perangai macam syaitan’ , ‘orang yang pendiam, dia sebenarnya hati lagi busuk’.. Allah, bila aku baca aku terus terdiam. Hati aku rasa hiba. Sampai macam tu sekali dia cakap pasal aku. Aku tak tahulah apa yg dia burukkan pasal aku dekat housemates yang lain sampai diorang pun langsung tak pandang aku. Ada dia cakap dekat twitter, dia tak sangka yang dia hidup dengan 2 ekor binatang dalam rumah selama ni. Aku dengan sorang lagi housemates aku yang selalu jugak makan hati dengan roommate aku. Kalau aku ni binatang macam yang dia sebut, kenapa dia masih hidup sampai sekarang.. hahahaha.. 

aku sedih, tapi aku buat keputusan untuk diam. Tak perlu nak balas apa2. Kawan2 yang tahu pasal ni pun asyik tanya, takkan aku taknak buat apa2. Tapi kalau aku pun duk asyik cakap pasal dia, apa beza aku dengan dia. Satu hari tu, aku tak tahan sangat dan aku call mak aku. Aku cakap macam biasa tapi part akhir tu aku nangis sikit. Biasalah perempuan, bukan sado sangat hati ni. Tapi mak aku cakap kalau nak nangis, nangis atas sejadah. Nangis dengan Allah. Biar orang nak cakap apa pun pasal kita. Ingat, kawan boleh jadi lawan. Dalam dunia ni, takde sesiapa pun yang kita boleh percaya kecuali ibu bapa dan adik beradik. Sekarang, kitorang tak gaduh dah. Semua ok. Aku tlg dia masa dia nak balik kampung, walaupun aku tahu time tu aku tak ikhlas sangat. Lepas balik cuti tu, kitorang dah macam biasa tapi awkward tu tetap ada. 

Sekarang pun aku lagi banyak diam tapi kadang-kadang aku join dioranh sembang. Tapi manusia, tak boleh puaskan hati manusia lain. Ada sahaja yang buruk dia akan nampak, dan dekat mana lagi kalau bukan dekat twitter. Tempat dia meluahkan perasaan. Hari ni aku bertekad nak berubah. Tapi aku buntu lagi. Peramah sangat orang tak suka, diam dibenci. Wallahu a’lam.. Mungkin ini semua datang dari salah aku sendiri. Maafkan aku jika kau baca pengakuan ni. Aku tak sempurna dan takkan pernah. Aku berdosa sebab tak tegur kau bila kau tak tutup aurat dengan elok, pegang dengan lelaki. Tapi disebabkan kau yang suka fikir aku ni perempuan bertudung labuh yang suka judge kau dan berlagak bagus dan alim, aku tak mampu.. tolong aku untuk tolong kau berubah. Walaupun sekarang aku dah takde rasa sayang dekat kau. Aku mintak maaf.. *maaf confession ni agak panjang dan bosan.. – Ninie

Sumber - iium confession


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.