'Baik Bela Biawak Dari Dapat Isteri Pemalas Macam Awak!'
Aku baru bercerai talak satu seminggu yang lalu ketika aku berusia 22 tahun. Puncanya, sebab bekas suami aku berlaku curang. Tetapi aku tak salahkan dia kerana dia tertekan melihat aku yang pemalas dan tidak jalankan tanggungjawab.
Benar, bila sudah bercerai ini, aku muhasabah diri. Siapa yang boleh tahan dengan isteri seperti aku?
Bayangkan masa anak dara, bangun tidur pun lambat, tak reti memasak, buang masa tengok drama Korea Selatan, layan handphone 24 jam, kemas rumah pun jarang, kerja asyik nak melepak saja.
Semasa bercinta memang seronok dan 'sweet'. Jumpa, dating, berbalas sms di telefon bimbit. Tetapi apa yang kita nampak itu semua adalah lakonan sahaja. Bila sudah kahwin, episod yang bermula adalah tanggungjawab.
Masa mula-mula kahwin, boleh dikatakan aku hipokrit. Rajin untuk 2 3 hari sahaja sebab menjadi pemalas ini sudah menjadi satu kebiasaan kan. Jadi, lama kelamaan tabiat lama itu terserlah selepas berkahwin. Mungkin disebabkan itu suami akan menjadi tertekan.
"Baik bela biawak dari dapat isteri pemalas macam awak ni!"
Dari situlah bermulanya episod dia mencari perempuan lain. Katanya lebih matang dan bertanggungjawab.
Dulu, aku teringin sangat nak kahwin sebab masa bercinta semuanya 'sweet'. Ingat nak kahwin untuk halalkan perhubungan. Benar kata tulisan Adnin Rosli dalam Tarbiah Sentap. Niat kahwin kalau setakat nak halalkan hubungan sahaja tidak cukup. Perkara pertama adalah mesti kerana Allah dan harus tahu bahawa kahwin itu adalah amanah.
Pesan aku kepada wanita-wanita di luar sana yang pemalas seperti aku, berubalah. Sifat malas ini bukan boleh berubah sekelip mata, didiklah diri mulai dari sekarang agar sifat malas itu dapat dibuang. Jadilah wanita yang serba boleh, bukannya hidup bermalas-malasan selepas itu bercinta tanpa memikirkan tanggungjawab dalam hidup di masa akan datang.
Bila fikir balik kenapa dia ceraikan aku dulu, sebab perkara-perkara seperti inilah. Padahal usia perkahwinan kami baru saja masuk setahun tetapi dah tak tahan. Kasihan mak ayah aku selama ini membela aku sehingga menjadi pemalas.
"Mak, Ayah, maafkan Ina. Selepas ini saya akan cuba menjadi anak yang lebih bertanggungjawab,"
Doakan aku kuat.
Aku sayangkan bekas suami tetapi dia sudah ada perempuan lain. Doakan aku jumpa orang yang baik. Aku nak berubah tetapi aku nak berubah untuk mak, ayah dan Allah dulu. Kahwin? Nanti-nantilah fikir soal kahwin. Aku nak kutip ilmu supaya bila dah kahwin nanti, ada ilmu nak mendidik anak agar tidak menjadi seperti aku.
Buat lelaki, berkahwinlah dengan gadis pilihan anda bukan kerana kecantikan sahaja. Cantik itu tiada gunanya jika tidak pandai menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri. Sebab itu orang zaman dulu kalau kahwin, dari A-Z mereka siasat pasangan itu dari jiran sebelah, kawan-kawan, saudara mara. Bukan main sapu je nak kahwin.
Semoga perkahwinan adalah satu ibadah, bukan kerana nafsu. Kita mahu melahirkan generasi yang hebat. Kalau tiada ilmu kahwin, maka keluarlah generasi-generasi baru yang sampah seperti aku
Post a Comment