'Dulu Kami Susah, Sekarang Mampu Jana Pendapatan 1 Juta Sebulan Hasil Meniaga Online
Setiap individu pasti ada kisah jatuh bangun mereka sendiri sebelum berjaya. Mungkin kita nampak kesenangan mereka sekarang tapi tak tahu kepayahan mereka dahulu.
Samalah seperti kisah wanita yang bernama Nurul Diana ini. Baginya kesusahan dan kepayahan hidup beliau dahulu lah yang membawa kejayaan kepada dirinya hari ini. Walaupun dilahirkan di dalam keluarga yang susah, namun berbekalkan semangat kini beliau sangat berjaya di dalam bidang yang beliau ceburi. Moga kisah ini memberi inspirasi buat mereka di luar sana.
Menurut Diana, beliau bukanlah pelajar cemerlang di sekolahnya. Cukuplah sekadar mendapat 3A di dalam SPM
SPM 3A - account , perdagangan , agama
Bm C . Bi D. Emak ckap hg ni tak faham bahasa ke ? hahahah
yg lain kelaut . tapi takde gagal aku tak malu pun, mmang aku bukan pelajar pandai. Aktive
Sukan jauh sekali. Habis spm aku kerja Mcd , penat gilaa. Seumur hidup aku 2 kali je aku kerja.
Mcd dgn kerja insuran tu pun pratikal time poli. masa aku kerja mcd, gaji sejam rm2.40 tambah time peak hour dia punya stress mmang tak berbaloi dengan gaji.
Selepas itu, beliau memohon untuk memasuki Politeknik walaupun dihalang keluarganya kerana tidak mampu. Tetapi disebabkan semangat untuk belajar itu kuat, beliau tetap meneruskan permohonan tersebut.
Lepas tu aku apply poli. 100% family tak bg sbb tak mampu. kak abg aku pandai sikit dari aku pun tak dpt smbung mana2 sbb mmang family dah ckap siap2 diorg tak mampu nk sapot untuk sambung belajar tp kepala batu . aku apply jugak . dpt sambung poli teknik sabak bernam .
diploma islamic banking meroyan takde duit nak daftar . abah stress nk cari duit nak daftar aku masuk poli. yuran bagai boleh tahan azab nk cari duit.
Aku masuk poli abah sapot skit + pau duit bf ( suami aku skang ) aku pau 700
bf aku pehal ntah baik sgt. dia pun nk aku smbung belajar. MISI NYE SAMBUNG BELAJAR PANDAI2. nnt dah kua boleh kerja bagus2. dlm fmly aku smua spm je. so kira aku ni harapan keluarga lah . Ceh !
Sepanjang tempoh pengajiannya, pelbagai dugaan beliau lalui. Namun, sekalipun beliau tidak pernah meminta duit daripada ibu bapanya. Segalanya diusahakan sendiri kerana ini jalan yang beliau pilih.
Masa sesi orentasi , emak abah hntr aku nangis. sebak plak bila ingt balik. time nk salam tu emak hulur rm10 emak ckap : ni je mak mampu.. emak minta maaf . emak nangis bekal kan duit pau bf saki baki pas bayar yuran n beli alatan poli dan duit emak rm10aku teruskan hidup sampai nak dekat dpt ptptndia punya seksaaaa .. huh !
Tu lah duit pertama dan terakhir. 6 semester kat sana. Tak pernah sekali aku minta mak duit tak pnah kol sbb nk duit . apa2 usaha sendiri sbb ni jalan yg aku pilih. Masa orentasi orang lain makan , aku tgk je tak mampu nk beli nasi. Roomate lak baru kenal. Ada lah pinjam rm5 pastu ganti balik. Seminggu makan megi ,smpai pening kepala makan gelojoh lak tu, makan time roomate g mandi. Makan megi snyap2 sbb malu mmber nmpk hari2 makan megi .
Antara produk beliau yang disiarkan di dalam akhbar.
Sehinggalah satu hari beliau menerima sekeping kad top up bernilai RM10 dari rakannya. Kad itu dijualnya dan hasil duit tersebut digunakan untuk membeli nasi dan telur. Tetapi selepas menelefon ibunya...
Ada 1 hari aku dpt duit rm10 dri mmber aku . mmber aku bg kod topup . aku jual kt kwn poli . so dpt duit aku beli nasi . perghhh nikmat makan nasik dgn telur time tu mlm tu aku kol mak , mak makan apa ? mak ckap mkn roti lepas letak telipon.
Aku duduk kt tangga asrama. Aku menangis teresak2 . aku rasa aku tak guna sbb aku makan nasik tp mak aku makan roti menangis kaw2. time tu lah aku cuba untuk ubah hidup dengan bisnes online.
Sudah 6 tahun berlalu. Hidup Diana benar-benar berubah. Kini pendapatan beliau satu juta satu bulan. Ya, Diana kini seorang jutawan.
Mana mungkin aku capai apa yg aku ada skang. Tanpa kesusahan kt poli kalau aku tak kepala batu , mgkin tak mcm harini kalau aku tak jmpa roomate aku yg cantik tu mgkin tak jd mcm ni.. Sbb roomate aku yg kenal kan aku dgn pixy. Dgn semangat dan janji dgn emak abah
harini dah 6 tahun berlalu. Aku capai 1j sebulan tanpa alasan.
Aku suruh abah benti kerja lepas sebulan aku bisnes online. Aku cakap abah benti keja .
org bayar gaji abah. Abah ckap HANG GILA !
Post a Comment