'Suami Kaki Pukul Ditahan Polis'
MELAKA - Anggota SPRM yang didakwa telah membelasah dan memperlakukan isterinya seperti anjing, telah ditahan, malam tadi.
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, suspek berumur 37 tahun itu telah berjaya ditahan di Batu Berendam Melaka, kira-kira jam 8 malam tadi, lapor Harian Metro.
"Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan tahanan reman esok," katanya.
Terdahulu, isteri kepada suspek mendakwa sepanjang dua tahun perkahwinan mereka, dia telah ditumbuk, ditendang dan dipaksa melakukan hubungan seks meskipun masih berada dalam pantang. Malah lelaki itu pernah memaksanya melakukan perbuatan menjijikkan iaitu menjilat kemaluan anak lelakinya sendiri.
"Selepas seminggu berkahwin, dia mula berubah. Dia akan memaki hamun saya tanpa sebab dan sekiranya anginnya kurang baik. Saya dipukul, ditendang dan dipaksa melayan nafsunya meskipun masih dalam pantang sehingga kemaluan saya terkoyak," katanya yang sudah cukup lama bersabar dengan lelaki itu.
Post a Comment