Header Ads

Gadis Kongsi Tips Bercuti Ke Perth, Australia 4D3N Bawah RM2,000




Backpaking ke Perth, Australia, 4 hari 3 malam.

Sebenarnya, jalan-jalan sendiri tanpa menggunakan tour pakej. Bukan kali pertama kita tengok orang buat. Kita belajar pun dari pengalaman orang lain. Sebab utama saya bercuti secara backpacker ialah untuk mengembara dengan meminimakan perbelanjaan.


Berkenaan dengan luggage, percaya tak bahawa kami seramai 6 orang satu keluarga ini (5 dewasa 1 kanak²) ini hanya daftar masuk satu luggage (20kg) saja untuk diletakkan dalam kargo? Yang lain semuanya hand carry. Nak jumat bayaran luggage sebenarnya. Dalam penerbangan yang lain-lain sebelum ini pun kami buat begitu. Alhamdulillah, pergi dan balik tiada sebarang masalah. Cukup satu luggage untuk didaftar masuk. 



Contoh Visa ETA Australia. RM20/person di Agent Wiya Travel & Tour Sdn Bhd. Kalau di website rasmi Imigresen Australia, A$20. Jangan risau, kita memang print benda ini sendiri. 

Visa ini kegunaannya seperti pas pelawat untuk masuk ke Aussie. Aussie memang kena ada visa kalau nak masuk ke dalam negara mereka. 

Kalau tempoh penerbangan korang lebih 4 jam, baik terus beli makanan siap-siap semasa beli tiket penerbangan secara online. Lebih jimat RM10 dari membeli makanan di dalam pesawat. Jangan rasa 'tak perlu' sebab di dalam pesawat nanti memang akan rasa lapar kecualilah korang dapat selit bawa roti. LOL. 

Awak boleh dapatkan pack makanan seperti ini di Kilang Brahim's di Bangi:

Dewina Food Industries Sdn Bhd  (54653-D)
Lot 11, Jalan P/9B, Kawasan Perusahaan Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor

Atau beli saja di mana-mana cawangan Tesco. Air Asia dan Malaysia Arlines (kalau tak silap) beli makanan untuk disajikan dalam flight dari syarikat ini. Beli pack ini dan bawa masuk dalam luggage kargo. Bawa pergi jalan-jalan, kalau nak makan, rendam pack itu dalam air panas. Koyak dan terus boleh makan. 

Boleh rasa makanan Melayu di oversea ye dop? Jimat pun ye juga. 

Kitorang share 3 makanan untuk 6 orang. Boleh tukar-tukar rasa semua. Alhamdulillah kenyang untuk alas perut. 


Simkad ini di beli di airport. Betul-betul terletak di depan pintu balai ketibaan. Tempat orang menunggu tu. Optus nama syarikatnya. 

Harga simkad A$2 sahaja tetapi nanti dia akan reloadkan terus based on berapa hari kita berada di situ. Macam saya, stay 4 hari, jadi dia reloadkan A$10 (termasuk A$2 harga simkad). 

1 hari 500mb Internet (cukup untuk Waze) | A$2

Jadi, A$8 untuk 4 hari ditolak dari akaun. Balik Malaysia, masih ada baki A$2 lagi. Haha! 


Sewa kereta di Aries Car Rental Perth. Boleh cari website mereka. Sewaan dibuat di Malaysia sebelum pergi ke Perth. Lesen memandu Mlayasia boleh digunakan di Aussie ye. 

Di sini saya aktifkan kad debit saya untuk international transaction. Cuma call bank hotline untuk aktifkan sebab saya tak ada kad kredit. (Car rental ini gunakan kad kredit sebenarnya)

Untuk transaksi antarabangsa, sila hubungi hotline Maybank dan proses bayaran boleh dibuat seperti biasa. 

Pick up dan drop off di terminal, senang. Tetapi kena caj sikit untuk drop off di terminal sebab tiket flight saya jam 6.50 pagi. Jadi, pilih drop di terminal. Ada bond (deposit) untuk sewa kereta ini. Tetapi nanti bond akan dipulangkan semula selepas 10 hari maksimum ke akaun kita semula. 

Dijanjikan kereta X-Trail lama (pilih X-Trail sebab 6 orang, so tak lepas 5 seater car) tapi dapat X-Trail baru. Superblah driver dia. 

Kalau nak jalan jauh, baik guna kereta CC tinggi. Kitorang habiskan minyak A$62 untuk Nissan X-Trail 2.0cc dengan total jarak perjalanan 300+km (hampir 400Km. Minyak di sini memang murah jika nak dibandingkan dengan negara kita (tanpa pertukaran matawang). 1 liter A$1.25 (RM3.00+). Kalau jalan beramai-ramai, berapalah sangat tuang-tuang minyak itu terutamanya guna kereta cc besar



Tempat shopping paling murah di Australia sebab dalam gudang. Tetapi kecil sajalah, tak ada sesiapa yang boleh melawan kemurahan dia. Haha! 

Dia kata kalau nak datang, call dulu (Kitorang tak call pun haha). Serbu pun boleh tetapi kalau ada luck, tak ramai orang, jadi tak adalah sempit. 

Kepunyaan orang Singapura dan dia boleh berbahasa Melayu. 

Keychain 12 dapat A$2.00!
Sweater dapat A$9.90!
T-shirt 2 helai A$15

Tolong jangan pergi ke tempat lain. Seriously. Kalau pergi ke Freemantle ke, EShed ke, masih mahal sebab mereka kena bayar sewa. Orang ini, tak perlu bayar sewa sebab tanah dia sendiri. Sebab itulah dia boleh bagi harga murah. Saya dah pergi shopping di tempat lain, kemudian termenung seorang diri tengok harga-harga di sini. Haha!


Lesen memandu Malaysia boleh digunakan di Aussie. Yes, drive right hand side. Jangan risau. Penduduk di sini melintas jalan memang menggunakan lintasan perjalanan kaki dan menunggu lampu hijau untuk melintas jalan. Tiada yang melintas secara tiba-tiba. Tak ada perkara seperti itu di sini. Mereka sangat berdisiplin, tiada potong memotong seperti tak ingat dunia. Senang gila jalan di sini. 

Awak rasa minyak mahal? Kereta sewa mahal? Tak apa. Di sini ada juga bas percuma dalam bandar (pantang nampak benda percuma). Nama bas itu CAT bas dan memang ada gmabar kucing di bas itu. LOL! 

Google Transperth untuk maklumat tentang map di mana bas ini berhenti dan maps. Study betul-betul. Kalau naik tren pun okay, still affordable. Tren kalau rasa nak pergi tempat di luar kawasan Perth, di website Transperth juga. Mereka boleh tolong awak susunkan perjalanan kalau rasa nak naik pengangkutan awam. Mereka akan cari pengangkutan awam yang mana sesuai, siap timing, fees dan sebagainya. Key in start and end point mana nak pergi dan sekali klik saja, dah settle!



empat tidur kami. Yes, guna Booking.com tapi ada lagi tempat-tempat lain. Cuma ini yang paling murah (Last minute). 

Kalau nak book di Booking.com, memang wajib kena guna kad kredit (visa/mastercard). Begitu juga dengan Agoda, AirBnB rasa pun boleh. Kena tengok mana boleh guna debit/kad kredit. 

Tempat ini not bad. 1 rumah besar tetapi banyak bilik yang besar untuk keluarga. Tandas kongsi, dapur kongsi. Bila pergi ke dapur, dapatlah berborak-borak dengan orang France. PErgi toilet, jumpa orang Jepun pula. Dapat pula tuan rumah yang sangat peramah, sangat membantu dan sporting. 

RM150++/per person for 3 nights.

6 orang? RM1050++ untuk this holiday.

TIPS : 

1, Flight Ticket KUL-PER-KUL / Boarding Pass

Yg ni first thing la kite kena beli. sebelum settle benda lain, ni benda pertama kena settlekan. haha. try cari ticket murah. sy beli tiket dari AirAsia.com.my as always. Jangan lupa beli terus makanan dalam flight, boleh jimat RM10 (kalau flight Air Asia) sbb perjalanan sejauh 5 jam mmg lapar.

2. Parking kereta kat TuneHotel KLIA2 

sbb situ lagi murah (RM34/day) berbanding kat dalam KLIA2. jgn risau safety kereta sbb kat situ ade guard jaga dan kereta diletakkan di dalam pagar. oh kalau dah parking tu jgn lupe snap gambar kawasan sekitar kereta, kot terlupe kereta parking kat mane. haha

3. Visa ETA / RM20 per person

Actually boleh apply kat laman web Imigresen Aussie. Tp kat sana $20 / RM60. 
Alhamdulillah sy jumpa agent visa di Malaysia and trusted : Wiya Travel & Tour Sdn Bhd. Whatsapp nombor agent : +6012-584-6242. Kalau dia tak responds, boleh search official website Travel Agent ni utk cari nombor2 yg boleh dihubungi. 

4. Sewa Kereta

Sewa kereta ni sy buat sbb kitorang bercuti 4 hari 3 malam. Utk memaksimumkan pergerakan kami (tak sempat naik public transport), kami memilih utk sewa kereta. License Malaysia valid di Aussie, dan driver pun belah kanan, sama macam kat Malaysia so takde kekok bila drive. 

Setelah banyak research dibuat, sy pilih Aries Car Rental sebagai syarikat sewa kereta yg paling sesuai (boleh google). $65 sewaan sehari utk kereta X-Trail 2.0cc yg sy post kat facebook tu. kalau kereta 5 seater, tak silap sy $25 sehari. 

Bayaran menggunakan debit card dan utk car rental ni ada bond (deposit) sebanyak $600 /RM1.8k. Dia akan pegang duit tu time kite menyewa kereta dia. (macam kita sewa hotel jugak, perlu deposit). Dalam masa paling maksimum 10 hari selepas sewa dia akan pulangkan duit tu semua sekiranya kereta berada dalam keadaan elok. 

Perlu diingatkan, kalau kereta tu rase kotor sangat kat dalam dgn pasir-pasir, hantar vacuum kereta utk mengelakkan kena penalti (takut sendiri sebenarnye haha) 

By the way, Alhamdulillah kami takde masalah dgn bond kereta ni sbb duit tu just diletakkan dlm bank, diambil sebagai deposit dan dipulangkan semula. 

5. Internet

Turun je airport cari booth Optus Simcard. jual simkad murah dgn harga basic $2. so beli jela $10 macam sy ni utk 4 hari. cukup utk waze, insta, facebook sebab sehari die bagi 500MB : $2 yg akan ditolak dari $10 tuuu

6. Hostel

Salah satu cara untuk cari hostel ialah menggunakan AirBnB.com atau Booking.com atau Agoda. 
AirBnB memaparkan carian homestay sekitar Perth. orang tempatan Perth yg jadi tuan rumah. sy pada awalnya nak booking kat AirBnb tapi sebab sy lewat booking (last minute) so carian di Booking.com yg lebih murah. Sy cadangkan kalau niat nak backpacking, usah pikir sangat pasal keselesaan janji boleh tidur, mandi dan solat dgn selesa. hehehe

Sy menginap 4 hari 3 malam di Palmerston Lodge, Northbridge, Perth. By the way awak jugak boleh menginap di Malaysian Hall or mana-mana hostel lain. depends la dengan bajet macam mana. hehe. Booking.com ni sy guna credit card sebab dia tak terima debit card (sistem dia mmg camtu). dan Alhamdulillah takde masalah pun pakai ni. janji jangan hutang naaa :p 

bawak sabun basuh baju, serbuk, sbb kat sane ade dobi. kitorang basuh baju kat hostel. siap dryer. balik Malaysia just masukkan dalam almari je. hahaha

7. Perjalanan di Perth

Perjalanan di Perth hanya menggunakan waze semata-mata. kalau pandai baca peta, boleh cari jalan shortcut. Waze mmg boleh dipercayai. InsyaAllah, asalkan ada orang kat sebelah pemandu yg sudi tolong bacakan peta like "100 m lagi belok kiri.....depan tu ade simpang belok kanan". dah tau memandu kat tempat orang tu jangan la bawak laju sangat, kot terbabas jalan payah jugak. tp kitorang pun ade terbabas tp x jauh mane la. chill je, name pun backpacking. haha

8. Lokasi Tempat utk Dilawati

Sy buat research tempat utk dilawati ni based on masa yg diperuntukkan (4 hari 3 malam) dan Alhamdulillah kesemua tempat yg sy listkan sy dapat pegi!!! Perghh perasaan puas hati tu takyah cite laaa. mission complete. haha

cara sy susun tempat : google tempat menarik, refer pada peta, dan susun tempat lawatan kite tu mengikut kawasan berhampiran.

for example, Kings Park, Swan River, dan Bell Tower ni bila sy google rupanya kawasan sebelah2 je. so sy masukkan dalam jadual tu dalam hari yg sama. takdela kena patah balik banyak kali utk settlekan tour kitorang. hehe

kitorang tak berape suke choc. so kami skip factory choc. tapi pegi tempat lain. ikut selera hati masing2 :D

9. Makanan

Bg yg Muslim, makanan halal kat Perth senang nak cari, especially kat tengah bandar Perth. Waze je "Halal Restaurant" nanti dia terus listkan senarai restoren halal. Kalau tak jumpa, jangan segan guna google, mmg ada. Kalau boleh dah beli sekali utk makan tengahari tu beli la sekali utk makan malam.

kami share makanan sbb again, makan dia boleh tahan besar portion. kenyang. kami juga bawa maggi / instant bubur nasi / roti dan diletakkan dalam 1 luggage khas. makanan basah tak boleh ehhh. jgn buang tebiat nak bawak ikan fresh dari Malaysia. makanan dalam tin takpe. nanti kat airport Perth ade anjing pengesan dorang yg bau2 beg kite. haha

p.s : da alang alang sebut pasal makanan ni, kalau rasa nak bawak sabun, pencuci muka, gel gamat ke ape ke --- masukkan dalam luggage yg dicheck in ke dalam kargo. barangan ni dilarang utk hand carry. kalo tak nanti kena rampas! (sabun baru beli kena rampas kat imigren KLIA2..sobs) 

enjoy your journey, rilek, dan tenangkan fikiran. sesungguhnye pengalaman melawat tempat orang secara backpacking ni akan mengajar kita erti TAWAKAL, USAHA, ILMU dan KESABARAN. nice kan? so ape lagi? Hehe!


Tips backpacking sebenarnye berubah ikut keperluan, ikut kehendak, dan ikut niat masing-masing utk bercuti.

Orang cakap backpacking ni jadi style orang sekarang. Indeed. Sebenarnye ramai orang dah mula sedar yg bercuti secara backpacking lagi puas, lagi murah, lagi jimat dan lagi menarik dari pakai pakej pelancongan. Naik public transport kat tempat orang tu benda common bagi pelancong luar yg datang ke Malaysia. 

Tp bab2 melancong ni depends on individu, ade orang lebih selesa dgn perjalanan yg teratur, yang takde banyak cabaran, dan mudah. Ikut hati masing-masing. 

Bile bercuti kat mana-mana pun, the journey to the destination sangat berbaloi. 

Sy ad softcopy untuk tentatif, senarai barangan, number agent visa (RM20/orang instead of $20 dari website gov Aussie), dan beberapa info lain tentang nak jalan kat sini. Banyak lagi gambar2 menarik dan tips tapi too much to share.

Aussie kalau nak bercuti seharian suntuk pegi hujung tahun, sbb siang lama, tapi panas la sikit. huhu. Bulan 5 start musim winter. bln 9 spring. bln 12 summer. bln 2 luruh. Siape nak tau jgn segan tanye. Sy pun belajar kat orang. Sharing is caring!

4 DAYS 3 NIGHTS (BAJET UNTUK SEORANG)
Flight ticket AirAsiaX KUL-PER-KUL : RM600 (promo)
Hostel utk 3 malam : RM150
Pengangkutan 4 hari : RM90++ sorang (X-Trail kereta besar, so kereta kecik lagi murah)
Makan 4 hari : RM200 bajet sbb minimum harga makanan $10 / RM30
Sandboarding rental : RM40 / $20 per 2 hours
Caversham Wildlife Park : RM50
Minyak : RM30 sorang ($10) utk 400km travel --- kereta cc 2.0
Then belanje beli cenderemate sendiri....
Visa : RM20
belanje Johor - KLIA2 : RM60 laa gitu siap parking touch n go minyak
Tak sampai RM2k kot!




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.