Header Ads

'Hidup Mati Itu Atas Kehendak Allah, Bukannya Kanser' - Bekas Penghidap Kanser Tahap 4




Home Hangat Santai 'Boleh Tak Mama Jangan Asyik Marah & Tengking Kitorang Lagi?'
Hidup Mati Itu Atas Kehendak Allah, Bukannya Kanser
Aku adalah salah seorang bekas pesakit kanser tahap 4 yang masih sihat hingga ke hari ni. Tujuan cerita ni aku nak bagi semangat kepada pesakit-pesakit kanser di luar sane terutamanya dari golongan mahasiswa dan mahasiswi.

Aku menghidap kanser seawal usia aku 17 tahun , aku tahu semua ni bila aku medical checkup di kem PLKN .Untuk pertama kali aku dapat tahu tentang penyakit ni , seluruh badan aku mengeleter ketakutan , hati aku berkata ” Ya Allah beratnya ujian yang kau beri ini ” . Aku terkejut dengan apa yang doktor kata ” Adik , adik tahu tak yang sekarang adik positif kanser ” .
Aku terdiam bisu masa tu di sepanjang perjalanan aku pulang ke kem bersama2 jurulatih. Fikiran aku celaru ” Macam mana aku nak bagitahu keluarga tentang penyakit ni ? ” , ” Apa perasan Mak aku bila dapat tahu aku hidap kanser ” , ” Bagaimana kehidupan aku lepas ni ” ,” Adakah hayat hidup aku dah tak lama lagi” ?.

Segala persoalan bermain di minda aku . Keesokan harinya keluarga aku datang untuk jemput aku pulang . Dari mak, nenek dan pakcik aku (ayah aku dah tak ada ) datang dengan wajah yang kerisauan . Aku mintak mereka datang , aku kata doktor nak jumpa mak .
Masa itu lah pertama kali aku lihat tangisan mak aku . Tangisan yang buat aku tak pernah lupa hingga ke hari ini . Tangisan seorang ibu untuk anaknya yang menghidap penyakit kritikal . Aku sebak bila ingat balik saat tu . Mase tu aku tak dapat keluarkan setitis pun air mata . kerana mungkin aku teramat terkejut dan tak percaya apa yang aku ini menghidap kanser .di fikiran mak aku ” Kanser adalah penyakit mati “.Mak aku menangis sepanjang perjalanan,untuk anaknya yang sudah tak lama lagi yang akan meninggal alam fana ini .

2 minggu selepas itu aku dimasukkan ke wad , keadaan aku semakin hari semakin teruk , darah mula mengalir dari hidung dan mulut , nafas aku makin hari makin pendek . Aku di kejutkan lagi dengan keputusan doktor yang kanser aku hidap ini bukan berada disatu tempat , tapi kanser ni dah merabak ke beberapa tempat yang lain . Kanser aku bermula dari testis lalu merebak ke paru-paru dan limpa .
Aku bernafas ketika tu mengunakan alat penafasan , setiap pagi doktor akan ambik darah , penglihatan aku semakin pudar , saiz tubuh aku mula mengecil ,aku mula mengunakan kerusi roda untuk berjalan, rambut aku mula gugur satu persatu , lidah aku mula hilang rasa ,badan aku teramat panas kerana kesan daripada kimoterapi, Barulah saat itu air mata aku menitis , dengan derita tu . ” Allahu Akbar , aku redha ya Allah , aku redha jika ajal aku sudah hampir , Kalau ajal aku masih panjang, teguhkan aku menempuh ujian-Mu ini “.

Aku ingat lagi pada satu hari , aku di kunjungi oleh beberapa orang (dari jemaah tabligh) yang kebetulan lalu sebelah katil aku . Aku dinasihatkan untuk tabah dengan ujian Allah ini , aku disarankan supaya berzikir dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW , jangan meninggalkan solat !!! . Ingat Allah ! , ingat Allah !, ingat Allah !. Yakin lah dengan kuasa Allah. Allah sahaja tempat kita bergantung .

Alhamdulillah , selama aku disitu aku menjaga solat ku , aku menjaga zikir dan selawat ku . Berzikir lah setiap hari sekurang2 100x Subhanallah , Perbanyakkan baca al-quran . jika tak mampu solat berdiri maka duduk la , jika tak mampu lagi lakukanlah sambil baring . Ingat lah peringatan ni . laksanakan solat dan doa kepada-Nya

Kekuatan dalaman yang kita dapat ketika solat sangat luar biasa .Kerana ketika kita solat kita merendahkan diri kita kepada Al- Khaliq yakni Pencipta kita . Kita merendahkan diri kita di hadapannya dan kita bergantung kepada-Nya . tetapkan hati kita hanya mahukan Keredhaan-Nya .
Alhamdulillah , aku sekarang sihat dan sudah kembali sedia kala , aku dapat rezeki untuk menyambung pelajaran aku di sebuah ipta tempatan semenjak 2 tahun aku bertarung dengan penyakit ni . Kebanyakkan orang semua ragu-ragu dengan cerita aku ni , sebab kalau tengok diri aku , memang seperti orang yang sihat dan tidak pernah dapat apa-apa penyakit sekali pun . Alhamdulillah . Rawatan aku sekarang hanya follow up di hospital 6 bulan sekali .

Buat pesakit diluar sana , jangan cepat berputus asa , yakinlah ujian yang Allah beri ini kepada orang-orang yang mampu laluinya . Anda mampu . Percaya lah ! ,Orang seperti anda adalah orang yang terpilih . Usaha lah untuk buat rawatan , ikhtiarlah rawatan kampung sekali pun . kalau saya cerita rawatan yang saya pernah buat , lagi panjang lah cerita ni . jadi saya tamat di sini . Jangan tinggalkan solat , banyakkan berdoa , Redha dan terus mara kehadapan melalui liku2 ujian yang Allah berikan ini dengan penuh SABAR.




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.