Header Ads

Kawan aku si Haji Hakhil kedekut! sampaikan.........



Eh korang..bukan main lagi share experience sendiri.. ntah-ntah kita berhadapan dengan kawan yang sama perangai macam siti yang sama kot? haha Seriously weh..sepanjang 27 tahun aku hidup, study di matrik, universiti tak pernah jumpa makhluk atau spesies macam   siti.. ingatkan dia sorang je  macam tu.. tengok korang-korang komen.. rupanya banyak spesis macam tu kat Malaysia tercinta ni.

1)Masak
Dulu masa dia tak masuk kerja lagi.. kami bertiga suka selang-selang belanja tau.. tak mahal pun kadang pergi mcd, pizza ke camtu je la. Bila dia dah join kami, kami belanja la dia jugak. Bila smpai turn dia..dia bawak makanan masak dari rumah. Memandangkan aku dok serumah dengan dia. aku tau la bahan-bahan yang dia guna untuk buat sandwich telur tu. Act weekend tu aku kemas kabinet dapur. kabinet tu memang tak  diguna. Bila aku bukak je aku nmpak ada sepapan telur. aku tnya siti,dia cakap lupa nak guna, dah 2 bulan beli..haha tula sembunyi lagi!.tup-tup esoknya dia buat sandwich telur bagi semua orang makan. aku macam..erkk elok lagi ke telur tu?

Pernah jugak dia buat mee goreng bawak pergi ofis sayur  tak ada, ayam tak ada dia letak daging burger potong kicik. Sos,cili semua bersukat. Rasa? hurmmm kitaorg makan jugak la..sebab nak jaga ati…orang dah bawak kan..
Dia suka menginovasikan makanan.. aku balik kerja  , tak sempat bukak tudung dia suh rasa cekodok,ak makan la..satu gigit terus aku keluarkan semula..rasa dia saaaaangat pelik.pastu dia gelak..

”he he he aku buh dodol lam cekodok tu..ko tak makan dodol kan?”
Astarfirullahalazim..siti oi ye aku memang   tak makan dodol! Dah tau nape buat  macam   tu kat aku.. dodol tu dah berminggu dlm peti..dah keras pun..still  tak nak buang. Banyak lagi inovasi dia..cekodok kurma,sup daging beger,megy masak kicap. Bila bahan2 tu dah nak rosak,dia tak kan buang,dia akan mengimprovisasikan bahan2 itu. Pernah skali dia ada lebihan limau nipis,so ari2 dia masak dia akan buh limau nipis,smpaikan kari pun dia buh limau..pastu paksa aku rasa,masa suh rasa tu dia  tak  pergi tau pun kari tu dah di improvisasikan..lepas dah rasa baru dia pergi tau..
”sedap  tak ?ak buh limau y aku bawak dr rumah aritu..he he he”
itula kari yang paling pahit aku pernah rasa seumur hidup… adudududu

2)Hutang
Yang ni paling bermasalah. Setiap kali pergi makan luar dgn officemate. Time bayar biasanya sorang akan bayar dulu,pastu balik opis kang kira la. Ha bab dia dia  tak pernah nak offer untuk bayar dulu. Pernah kitaorg pura2 takde duit time bayar. Dia tunjuk purse dia..ada 5 hengget je.
So terpaksa la member aku guna kad kredit dia bayarkan dulu..Pastuuu ha ni part penting. Time dia nak bayar portion dia. Dia akan bayar guna syiling!. Kalau hutang 20 hengget…ha 10 hengget syiling,selebihnya duit kertas singit singit. Kira nasib baik dah tu dia bagi jgk duit kertas. Dia suka menabung,dia ada bnyak tabung dlm bilik. aku syak dia guna duit tu la untuk bayar kat kitaorg..boboboboi
Lepas makan kami pergi tengok shawl y rm10 tu. Empat2 orang beli. Dia memang  suka bayar paling last.Haaa sbb nanti dia akan minta kurang. Ayat dia camni
“tu kwn2 saya dh beli bnyak..ni saya punya 7 ringgit  tak dapat ke?”
dan selalunya ayat dia tu memang  berkesan. Sakit ati  tak ?korang beli menda y kualitnya sama..tp harga dia sorang je murah.. td masa nak bayar makan cakap  ada 5 hengget je,tuptup time nak bayar shawl, dia bukak purse,korek2,pastu kuarkan satu lipatan kecik..kecik giler lipatan tu.. rupa2nya duit 100 weh…aishh siti…siti…
Skang aku dah bijak  sikit   ..kalau hutang, Aku suh dia bank in terus,hatta rm5 sekalipun. Tq kepada internet banking..

3)Kerja
kerja kitaorg ni slalu kena kuar pergi oustation. Tapi manager memang   tak kan suruh dia pergi outstation .so siti ni asik kena perap kat opis je la.. Kenapa? Sbb si siti ni pergi kerja   pakai baju kurung pudar2 zaman uni dia dulu dgn beg galas belakang. Bnyak kali dah aku pesan
“tiap kali dpt gaji,reward la sikit pada diri sndiri,beli 1handbeg..tak mahal  tak pe..asal ada rupa handbeg. Bulan seterusnya beli la baju lak ke…beli sikit2”
kita ni bukan sekadar performance je org tgk..personaliti pun main peranan jgk..tu pun dia  tak dengar. Pastu asyik dok pertikai kenapa bos  tak pernah bagi dia pergi outstation jumpa client. Imej ko melambangkan imej company..ak  tak suruh dia pakai seksi  macam   drama kul 7 tu pun..well aku pun bertudung,just dress up nicely..paham  tak ?

4)Handphone
Siti ni masa masuk kerja   dia pakai nokia lama tu. nila dah kerja memang  kena ada smartphone la sbb nak wassap pic site and communicate memang  bnyak guna wassap pun. Dapat gaji pertama dia ajak aku pergi teman dia beli hp. Siti ni ada 1 peel. Tak akan on data. Dia on data sesukati bila dia rasa nak on. So nak contact dia ni sesangat la payah..bila opismate tegur,dia cakap  nanti data cpt habis..ye la yelaaa data ko je beli guna duit..FB pun  tak pernah on kat phone..slalu on kat tempat y ada wifi free tu je…pc opis memang  awal2 dah block fb.

Well..siti ni ada sisi positive dia weh. Takde lah sume buruk je sal dia. Dengan kehadiran siti ni,dia selalu remind aku sal solat awal waktu. Si Siti ni kalau azan zohor kol 1.15, kol 1 dia dah amek wudhuk sesiap. Walaupum time tu tgh meeting ke..Datuk (our bog boss) tgh becakap ke..masuk je waktu..terus je dia kuar pergi solat.Dhuha hari2  tak pernah tinggal. Aku ni kalau dah fokus kerja,memang kul 3 baru nak pergi zohor,bukan apa time kul 1-2 (lunch hour) akak2 opis suka lepak tido lam surau..ak malas nak himpit2 solat,dah tu time kita solat dorang lak dok bergossip, tak  khusyuk nak solat weh. Subuh dia gigih ketuk pintu aku kejut tau. Pastu bab pakaian dia memang  particular,sentiasa tegur kawan2 dia kearah kebaikkan.

Dan aku jugak ada satu sikap panas baran yang tak dapat dikawal.. Awal2 kenal siti,jiwa aku kacau jgk..asyik nak menempik je..tp lama2 aku penat..penat marah2..penat sindir2 dia..ak dah terus terang smpai siti tu nangis2..tp dia still cam tu jgk.. tak berubah pun..
last2 aku amik inisiatif untuk terima makhluk ciptaan allah ni seadanya. Sejak kehadiran siti..ak  tak tau la kenapa Allah campakkan satu rasa kesabaran yang di tahap tertinggi. So baran aku pun dah berkurang..bila aku kena berhadapan dengan manusia/client y annoying,ak slalu pikir..
”ermm kalau siti yang pelik tu aku leh hadap 2 tahun.takat ko ni apala sngat”
haha so aku  tak jadi la nak marah ke mencebik ke..

Aku pernah ikot dia balik rumah dia. Ayah dia dah pencen government, maknya ngasuh budak. Rumah family dia rumah teres setingkat. Ada 3 bilik. 1 untuk makayah, 1 bilik untuk adik bradik lelaki (4org), 1 lagi untuk adik bradik popuan (7orang). Akak dia masa tu lak ngah berpantang,pastu ada 3 org anak asuhan mak dia so memang  crowded sungguh rumah tu. Kat situ aku jatuh kesian kat dia. aku biarkan jgk dia stay dgn ak. Cuma aku lebih berhati2 la dgn dia.  tak mau la dia amik kesempatan kat aku lagi. Yes aku tau dia susah,tp itu tak membenarkan dia gunakan kawan2 untuk jimatkn duit. Matlamat  tak  menghalalkan cara.

Kontrak dia tamat hujung taun ni. Aku ada 90% rasa lega yang amat..lagi 10% tu maybe rasa rindu la kot kat peel dia..haha..papepun..Siti all the best nanti di kehidupan baru. Katanya dia apply untuk jadi cikgu ganti dekat2 dgn sekolah area rumah dia. I do hope ko jumpa soul mate yang serasi dgn ko.
Thanks korang sudi baca luahan ak,pasni aku  tak de stress2 dah…
– Anon


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.