'Nikmat Bersalin Yang Hanya Wanita Sahaja Tahu'
Alhamdulillah, nikmatnya sakit bersalin.
Ada sahabat yang meminta saya kongsikan bagaimana nak melayan 'contraction' nak bersalin.
Gambar ini diambil ketika bukaan hampir 4CM dan apa yang saya rasa ianya sangat nikmat, bukan sakit yang perlu dijerit, meronta-ronta, menangis dan meraung. Terus senyum dan zikir.
Birt Sensation - Senyum dan zikir. Inilah azam saya masa mula-mula mendapat tahu yang saya mengandung cahaya mata kedua.
Saat ini saya masih shopping kuih di kafe, merayu satu Kedah Medical Centre untuk bersenam, solat dhuha, solat hajat, solat taubat. Masuk waktu Zohor, cepat-cepat saya solat lagi, solat sunat hajat sebanyak yang boleh sebelum bersalin dan waktu ini saya masih bersolat seperti orang biasa. Alhamdulillah.
Ketika CTG dipasang, graf menunjukkan 170 'contraction' (bukaan sudah 6CM). Suami saya bertanya, "sakit ke sayang?".
"Tak sakit bang, alhamdulillah," balas saya dengan senyuman.
Saya sebenarnya tak tahu mana nak mula kongsikan perkongsian ini. Tetapi inilah serba sedikit amalan pemakan dan bacaan saya sepanjang kehamilan kali ini.
Banyak tips yang saya perolehi dari buku Puan Fadillah Nur. Buku, Mudahnya Bersalin. Terlalu banyak ilmu yang boleh ibu-ibu pelajari.
PEMAKANAN
1. Minyak Zaitun - PEVOO (Palestin Etra Virgin Olive Oil). Saya cuba pilih minyak zaitun yang terbaik sebab sebelum ini saya sudah cuba bermacam jenis minyak zaitun di pasaran sehingga saya jatuh hati dengan pevoo ramallah ini. Masalah sembelit yang teruk saya juga dapat dirawat. Alhamdulillah.
Sapu-sapu di perut untuk elak stretch mark. Alhamdulillah, saya sudah dua kali mengembangkan rahim, setakat ini masih belum ada strecth mark. Bidan misi pun turut terkejut. Minumlah pevoo setiap hari, ianya dapat melembutkan pintu rahim.
2. Kurma untuk tenaga anda, ambil dalam kuantiti ganjil.
3. Air Zam-Zam. Banyakkan minum air zam-zam sambil berniat moga dipermudahkan bersalin.
SENAMAN
- Banyakkan berjalan terutamanya di hujung kehamilan. Saya memang banyak berjalan untuk survey barang-barang nak borong. Kadang-kadang orang di kedai tanya, "awak tak letih ke? Saya tengok awak nampak letih," katanya. Alhamdulillah, saya suka dan memang hobi saya buat survey barang-barang. Jadi tak terasalah beratnya.
- Squatlah sebanyak yang boleh dihujung kehamilan.
- Merangkak
- Sway - Bergelek-gelek di gym ball (Braxton hicks saya alami sebulan sebelum melahirkan ianya sangat menyenangkan bila contraction ini datang, cepat-cepat saya capai gym ball, tak pun berjalan. Alhamdulillah lega dan nyaman rasanya.
- Turun naik tangga.
- Jalan itik.
- Mencangkung lama-lama.
KAWAL EMOSI
Belajar mengawal emosi lebih-lebih lagi di akhir kehamilan. Sentiasa positif dan ceria. InshaAllah bila contraction datang, kita mampu untuk senyum kerana ianya nikmat bersalin yang perlu dialami sebelum berjumpa dengan cahaya mata yang dikandung selama 9 bulan. Jadi, senyumlah selalu.
SOLAT, SUJUD, DOA, ZIKIR
1. Banyakkan solat sunat dihujung kehamilan, banyakkan bersujud.
2. Berdoalah sebanyak mungkin dan minta dipermudahkan, dijaga aurat ketika bersalin dan dapat jururawat dan doktor yang berhemah serta baik semasa bersalin.
3. Amalkan Lailaha ila anta subhanakainni kuntum minnazolimin dan doa rabbi yassir wala tuaasir semenjak awal kehamilan lagi. InshaAllah akan menjadi kebiasaan kelak.
Urutan, belaian dan kata-kata semangat untuk bayi. Ketika sakit contraction datang, suami akan setia mengurut pinggan saya sebab yang hanya rasa sakit di bahagian itu. Usaplah perut selalu dan bercakap dengan bayi, "tolong umi ya sayang, mudahkan umi, Muhammad anak baik, Muhammad anak yang soleh, Allah pelihara Muhammad. InshaAllah anak dapat mendengar kata-kata ibunya.
Semoga dapat membantu sahabat dan anda semua untuk menjalani nikmat sakitnya bersalin dengan indah
Post a Comment