Header Ads

'Teman Lelaki Aku Rupanya Bapa Kandung Aku..'




Terima kasih admin kerana siarkan cerita aku ni
Sebelum aku bercerita dengan panjang lebar, eloklah aku terangkan kepada korang sedikit tentang latar belakang family aku. Mak aku berkahwin dengan bapaku di usia muda. Namun disebabkan faktor keluarga, mereka bercerai sebab nenek aku tak suka and memang dia tak bagi restu pun masa mak aku berkahwin dengan bapak aku. Diorang kahwin senyap dari pengetahuan keluarga and lahir lah aku ke dunia ni.

Membesar tanpa bapak ni memanglah sangat perit. Aku ingat lagi masa sekolah, time waktu balik jek mesti aku rasa sangat cemburu sebab bapak kawan aku datang jemput. Tapi mana bapak aku? Lepas aku dewasa baru lah aku faham apa yang terjadi kepada rumah tangga bapak aku. Mak aku seorang yang hebat sangat sebab dia lah jadi bapak dan dia jugalah yang jadi mak dalam hidup aku. Aku tak pernah rasa kasih sayang dari seorang insan yang bernama ayah.

Lepas aku masuk ke unviersiti, bukan nak bongkak, tapi tipulah kalau aku ni takde langsung orang nak dekat aku. Tapi permasalahan dia adalah aku memang tak masuk sangat dengan umur yang baya-baya aku. Tapi aku lebih minat dengan lelaki matured.

Lepas sahaja aku habis universiti, adalah seorang laki ni nk try aku. Dia agak berumur juga dari pandangan aku. Tapi sebab dia matured and memang ciri-ciri yang aku nak kan selama ni. Lama jugalah kami menjalinkan hubungan. Hubungan kami bertambah serius apabila teman lelaki aku ni ajak aku untuk berkahwin and dia pun dah bawak aku jumpa family dia. Semua family dia happy dengan aku and rata-rata terima aku serta kekurangan aku.

Aku cerita perkara baik ni kepada mak aku. Mak aku tak halang aku asalkan aku bahagia even lelaki ni agak berumur tapi mak aku okay jek. 

Masalah besar tiba waktu aku bawak dia berjumpa dengan mak aku. Sunggug aku terkejut and aku memang tak sangka. Ibu aku pun hampir pengsan masa aku bawak teman lellaki aku berjumpa dengan dia. Korang nak tahu apa? Rupa-rupanya teman lelaki yang aku sanjung selama ni adalah bapa kandung aku selama ni! yang telah berpisah lama! yang tak ambil peduli langsung pasal aku!

Aku rasa seolah-olah ditipu oleh dia selama ni. Dulu mulut aku selalu puji melambung dekat teman lelaki aku ni a.k.a bapa aku sendiri, tapi sekarang aku dah tak tau nak cakap apa. Aku tak boleh sayang dia sebagai bapa kandung, tapi aku sayang dia sebagai teman lelaki.

Kenapalah aku terlalu bersangka baik selama ni, bukan aku tak perasan bahawa nama dia sebiji dengan nama bapak aku cuma aku saja yang sedapkan hati sendiri. Sekarang apa dah jadi? Nasi dah jadi bubur..bercinta dengan bapa kandung sendiri. Malu, marah dan rasa tertipu semua bercampur haduk

Akhirnya hubungan kitorang putus macam tu sahaja. Nasihat aku kepada korang semua yang baca cerita aku ni, kenali lah keluarga korang even dah bercerai lama mana sekali pun dah tak jumpa berabad sekali pun kenalilah mereka. Jangan jadi mcam kisah aku ni.

-HH


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.