Header Ads

Wanita Dengan Berat 500 kg Ini Tidak Pernah Keluar Rumah




KAHERAH – Seorang wanita Mesir dipercayai mungkin wanita tergemuk di dunia yang masih hidup setelah berat badannya disahkan berjaya mencecah 500 kilogram (kg), lapor media tempatan.

Iman Ahmad Abdulati dari Iskandariah, di bahagian utara Mesir berkata dia tidak pernah keluar rumah sejak 25 tahun lalu disebabkan masalah berat badan, malah sejak itu keadaan dirinya semakin hari semakin gemuk.

Menurut gadis berusia 36 tahun itu, pelbagai bantuan perubatan yang cuba diperoleh dari beberapa hospital oleh keluarganya selama ini tidak pernah membuahkan hasil untuk menguruskan tubuh badan dirinya tersebut.

Kini, setelah adik perempuannya bernama Chaymaa’ mendedahkan kepada umum tentang keadaan nasib kakaknya itu, mereka berharap akan dapat menerima bantuan daripada pakar yang berkaitan pengurusan obesiti.

Setakat ini rekod wanita paling gemuk di dunia disandang oleh Carol Ann Yager di Michigan, Amerika Syarikat (AS) yang pernah mencapai berat 727 kg, tetapi ia gagal diperakui secara rasmi pihak Guinness World Record.

Mendiang namun meninggal dengan berat 544 kg pada 1994 lalu dalam usia 34 tahun. Guinness cuma mengiktiraf Rosalie Bradford dari Florida, AS dengan berat 478 kg yang telah meninggal pada 2006 dalam usia 63 tahun.
Menurut Chaymaa’ seperti yang ditukil media tempatan, bapa mereka sudah lama meninggal dunia, semasa kedua-dua adik-beradik itu masih lagi kecil dan kini hanya tinggal ibu yang hidup bersama-sama dengan mereka.

Chaymaa’ dan ibunya banyak menghabiskan masa di rumah untuk menjaga Iman, termasuk memberi makan, membersihkan serta membantu untuk bergerak ke tandas, memandangkan dia tidak lagi dapat berjalan.

Menurut Chaymaa’ dan ibunya, Iman mula duduk di rumah sejak berusia 11 tahun setelah mengalami apa yang mereka percayai sebagai angin ahmar yang membuatkan Iman hanya mampu terlantar baring di atas katil.

Sebelum ini, masalah Iman dikatakan bermula semasa dia dilahirkan dengan berat lima kilogram dan kemudian terus membesar, malah Iman sudah mula sukar untuk berjalan sejak usia kecil kerana berat badannya itu.

Iman kemudian mengalami penyakit dipercayai sebagai serangan angin ahmar yang menutup peluang untuk menurunkan berat badan sekali gus tidak dapat bersekolah disebabkan masalah berat badan berlebihan.

Pakar perubatan Mesir mempercayai bahawa keadaan gadis malang itu berpunca daripada jumlah air yang banyak terkandung dalam tubuh dirinya, tetapi enggan menyatakan peluang untuk dia kembali kurus.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.