Header Ads

'Kasih Isteri yang Tiada Penghujungnya'



Gambar Sekadar hiasan

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal kemudian ustaz tersebut membenarkan isteri ingin mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, “Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti..”

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata “Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. Semoga Allah beri pahala untuk mu suami ku..”

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata “tubuh inilah yg memberi pelukan kasih sayang padaku dan anak anak,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku”

Membasuh kaki jenazah suami sambil berkata “dgn kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata mata untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang…semoga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya”Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata “terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akn pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu.”

Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya.. Begitulah Kasih Seorang Isteri Buat Suami Tercinta


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.