Header Ads

Video Pelajar Universiti Berumur 22 Tahun Di Raba



KAJANG – Polis mengesahkan ada menerima laporan daripada seorang pelajar universiti berusia 22 tahun yang mendakwa dicabul seorang lelaki berhampiran sebuah kondominium di Bandar Sungai Long, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, video kejadian itu tersebar dalam laman media sosial sejak semalam.

Menurutnya, mangsa mendakwa diekori suspek ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewa bersama seorang rakannya kira-kira jam 3.30 petang.

Suspek yang mengekori dari arah belakang tiba-tiba menghampiri mangsa dan menyentuh bahagian punggungnya.

“Mangsa terkejut dan menjerit, dia bertanya kenapa suspek bertindak sedemikian. Suspek kemudian terus meraba bahagian dada kawan mangsa menyebabkan wanita itu pula menjerit.

“Suspek kemudian melarikan diri namun mangsa bertindak mengejarnya hingga keluar dari kawasan kondominium tersebut,” katanya.

Beliau berkata, operasi mengesan dan menangkap suspek giat dijalankan oleh pihak polis.

Kes disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh di hukum penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau sebat.

Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menyalurkannya kepada pihak polis dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut.

Sumber - Hmetro


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.