Header Ads

‘7 Hari Mencintaiku Drama Melayu Terbaik?'





BIARPUN drama 7 Hari Mencintaiku sudah berakhir, peminat nampaknya masih lagi belum puas berbicara mengenai drama tersebut hinggakan ia kekal mengungguli carta trending di laman Twitter hingga ke hari ini!

Rata-rata netizen dilihat memuji drama ini yang disifatkan sebagai ‘Drama Melayu Terbaik’.

“Everything about #7harimencintaiku is perfect. Storyline, cast, soundtrack, semua perfect. Best malay drama ever,” tulis Ann Nadhira.

“#7harimencintaiku is probably the best drama of 2016. From the cast, to the storyline and even the theme song,” tulis Lia.

Menurut mereka, drama 7 Hari Mencintaiku ini sarat dengan pengajaran membabitkan hubungan suami isteri, ahli keluarga dan juga sahabat.

“I hope banyak lagi drama macam #7harimencintaiku its all about life, relationship between family members & friends. It gives us lesson kan,” tulis Myra Ibrahim.

Bukan sahaja itu, watak yang dipegang oleh setiap pelakon termasuk watak sampingan nyata memberi kesan kepada jiwa penonton.



Pendek kata, tak sah kalau penonton tak mengalirkan air mata setiap kali menonton babak sedih mahupun meruntun hati.

Fenomena ramai terhadap drama ini juga dapat disaksikan apabila salah satu watak dalam drama tersebut iaitu Buntat lakonan adik Mohd Ariff menjadi viral di laman sosial sejak beberapa minggu lalu.


Selain watak Buntat, karakter watak Pak Samad yang dilakonkan Aman Graseka, Sophie (Wan Sharmila), Helmi (Syazwan Zulkifly) turut dipuji netizen.


Drama diadaptasi dari novel ini berkisarkan mengenai anak Datuk bernama Mia Adriana lakonan Siti Saleha yang dipaksa berkahwin dengan Khuzairi lakonan Shukri Yahya untuk menutup malu selepas tunangnya tidak hadir pada majlis pernikahan mereka.

Sejak itu, bermula kehidupan baru Mia bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, ibu tiri Khuzairi iaitu Mak Leha lakonan Liza Abdullah sangat membenci kehadiran Mia dalam keluarganya.

Di situlah bermulanya pelbagai konflik termasuk hubungan suami isteri mereka yang mengalami pasang surut disebabkan campur tangan banyak pihak dalam perhubungan mereka lebih-lebih melibatkan Mak Leha dan watak antagonis Syakila yang dilakon Faye Kusairi.

Rata-rata netizen menyifatkan drama ini begitu dekat dengan jiwa penonton berikutan tidak menyiarkan kisah drama typical Melayu yang sering kali disumbat dengan kisah Datuk, Tan Sri dan dunia korporat mereka.

Sebaliknya, 7 Hari Mencintaiku dilihat naskhah yang cukup mencerminkan realiti masyarakat Melayu sama ada yang hidup di bandar mahupun di kampung.




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.