Header Ads

Mahalkan Harga Diri, Jangan Mudah Sangat Untuk Jatuh Cinta





Memang seronok rasanya bila jatuh cinta. Bila hati sedang leka dibuai perasaan, kewasan akal semua ditolak tepi. Yang nampak, hanya si dia yang dicintai sampaikan semua kehendaknya dituruti.
Tak kisah apa kata orang sekeliling, yang penting, hati rasa bahagia.
Walaupun mungkin tak keluar bersama atau berpegangan tangan, tapi masih saling asyik ber”sms”, chatting, hantar ayat-ayat “Islamik”, berpuisi dan sebagainya. Bila hati sedang asyik dibuai cinta, kita pun sibuk cari petanda bahawa dia memang jodoh kita.

Masa itu, mungkin anda tak tahu lagi, rasa itu cuma sementara.
Kalau dalam cerita dongeng dari novel pun, ada konfliknya, inikan pula kita di alam realiti.
Hakikatnya, ramai pasangan suami isteri hari ini yang bercerai kerana masing-masing belum cukup matang untuk tempuhi alam rumahtangga. Ada yang main kayu tiga, sebab tak cukup matang untuk pegang janji setia. Ada yang bergaduh tentang duit, sebab tak cukup matang nak faham pentingnya tanggungjawab dalam keluarga. Macam-macam alasan, tapi pokok pangkalnya selalu berkait dengan kematangan.

Cinta di dunia realiti tak sama dengan dalam novel, drama, atau filem cinta. Cinta sejati tak mudah. Usaha untuk kekalkan cinta kena berpanjangan, sebab konflik bukan datang sekali saja.

Rumahtangga akan jadi bahagia bila kita usaha untuk cari bahagia itu. Tanpa sebarang usaha dan hanya harapkan pasangan anda buat semuanya untuk anda, pasti anda akan kecewa dan akhirnya rumahtangga itu pun boleh buat anda terseksa.

Cinta tu fitrah, jadi tak ada salahnya kalau anda jatuh cinta. Tapi sebelum itu, pastikan dulu yang anda dah betul-betul bersedia. Baca buku, tanya orang sekeliling, tanya orang-orang yang lebih tua, dengar ceramah dan sebagainya supaya nanti bila anda jatuh cinta, anda tahu bagaimana nak kawal perasaan anda.

Jangan terlalu mudah “cair” dengan ayat-ayat cinta. Jangan terlalu senang terbawa-bawa dengan perasaan sendiri. Jangan biarkan perasaan jadi “lembik”. Kalau cinta sebegini yang anda kejarkan, bagaimana cinta ini nak membawa anda ke Syurga?

Seperti lazimnya, yang susah dan yang mahal adalah sesuatu yang sukar ataupun kelihatan mustahil untuk dimiliki. Jadi jagalah perasaan anda supaya anda sentiasa kelihatan mahal seperti mutiara bukannya kaca.

Jadi kuatkan hati. Kalau belum masanya anda jatuh cinta, jangan terlalu kejarkan cinta itu sebab tujuan hidup kita bukan semata-mata untuk cinta.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.