Header Ads

7 Perkara Mengagumkan Tentang Khadijah, Isteri Nabi Muhamad SAW





Namanya Khadijah binti Khuwailid. Beliau merupakan isteri Nabi Muhamad SAW. Beliau hidup sekitar 1400 tahun yang lalu tapi sehingga hari ini masih memberi inspirasi dengan caranya menjaga Nabi Muhamad SAW. Beliau juga berjaya menunjukkan apa yang boleh dicapai oleh seorang wnaita yang beriman, bermaruah dan berani.

Tujuh perkara mengagumkan yang anda mungkin tak tahu tentang Khadijah RA:

1. Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan dihormati
Bapanya dulu seorang ahli perniagaan yang berjaya di kalangan bani Quraisy. Khadijah pun mewarisi banyak kemahiran ayahnya walaupun pada masa itu, kebanyakan wanita hanya duduk di rumah dan lelaki yang keluar mencari rezeki.

Bila ayahnya meninggal, Khadijah mengambil alih lalu mengembangkan perniagaan itu. Beliau jujur, sentiasa tahu apa langkah yang terbaik dan dapat menguruskan perniagaanya dengan baik tanpa merendahkan maruahnya sebagainya seorang wanita

2. Beliau pernah menolak banyak lamaran pernikahan
Dengan reputasi beliau sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya serta akhlaknya yang tinggi, ramai lelaki yang mahu melamarnya menjadi isteri. Neliau pernah berkahwin dua kali sebelum bernikah dengan Nabi Muhamad SAW. Beliau ada anak dari kedua-dua perkahwinan ini dan kedua-dua suaminya meninggal, menjadikannya balu.

Mungkin hasil dari pengalaman ini, beliau jadi agak memilih dan takut untuk kehilangan lagi, sehinggalah beliau berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW.

3. Beliau yang melamar Nabi Muhamad SAW untuk mengahwininya
Kadang-kadang cinta akan hadir bila kita tak lagi mencari. Khadijah RA tak perlukan seorang lelaki untuk menjaganya, dan keadaan kewangan Nabi Muhamad SAW pada masa tak begitu kukuh untuk melamar seorang isteri.

Melalui akhlak Nabi Muhamad SAW yang mulia, Khadijah RA jatuh cinta padanya. Khadijah pun melamarnya melalui pakciknya, Abu Talib dan Nabi Muhamad SAW pun setuju.

4. Beliau berumur 15 tahun lebih tua dari Nabi Muhamad SAW
Kisah cinta mereka bukan seperti kisah cinta yang biasa kita lihat sekarang. Beliau berumur 40 tahun ketika beliau mengahwini Nabi Muhamad SAW. Baginda pula berumur 25 tahun
.
5. Beliau seorang isteri yang sempurna
Pada zaman itu, berkahwin ramai adalah perkara biasa. Tapi pula dengan pasangan ini, Nabi Muhamad SAW hanya beristerikan Khadijah RA seorang saja hingga Khadijah meninggal 25 tahun kemudian.
Nabi Muhamad SAW menerima wahyunya yang pertama ketika Khadijah masih isteri Baginda. Pertemuan dengan Malaikat Jibril menjadikan Baginda takut, tegang dan keseorangan bila tak ada orang yang percayakannya. Khadijah RA lah yang menenangkan dan memberi semangat pada Baginda di saat-saat paling sukar dalam hidupnya.
Khadijah melahirkan enam orang anak Baginda SAW; dan Baginda SAW tak pernah mencintai seseorang lebih dari Khadijah RA.

6. Beliau merupakan penganut Islam yang pertama
Ibu kepada orang-orang Islam ini adalah orang pertama yang menerima Nabi Muhamad SAW sebagai Rasul yang terakhir beserta dengan ayat-ayat Al-Quran. Beliau menginfakkan harta-harta duanianya dan berdiri teguh di sisi Nabi Muhamad SAW walaupun bila bahaya datang demi mengukuhkan Islam di mata masyarakat sekeliling.

7. Beliau menghabiskan harta bendanya untuk membantu orang miskin
Kaya atau miskin, harta benda kita sebenarnya adalah satu ujian. Khadijah RA memberi pendapatannya kepada golongan miskin dan anak-anak Yatim, ibu tunggal dan orang sakit.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.