Header Ads

Ganggu Main Mahjong, Ibu Kurung Anak Macam Anjing




BEIJING – Seorang wanita dituduh mengurung anak lelakinya berusia tiga tahun di dalam sangkar anjing di wilayah Hunan.

Media tempatan memetik seorang jiran berkata, kanak-kanak itu dikurung kerana mengganggu ibunya bermain mahjong.
Gambar kanak-kanak itu mencetuskan kemarahan pengguna Internet China.
Jiran berkenaan dikenali sebagai Liu berkata, dia melihat kejadian itu kira-kira setengah bulan lalu.
“Saya tidak tahu siapa ibu atau bapa kanak-kanak itu. Selepas memuat naik gambarnya di media sosial saya bergegas mencari orang untuk membuka sangkar berkenaan dan melepaskannya,” katanya.
Menurutnya, sangkar itu milik seorang lagi penduduk, Chen.
“Ibunya bermain mahjong dan berang kerana kanak-kanak itu terlalu bising menyebabkan dia mengurung mangsa di dalam sangkar berkenaan,” kata Chen.
Kanak-kanak itu dikurung lebih 10 minit dan tidak diketahui bagaimana dia sebenarnya berjaya melepaskan diri.
Sementara itu, ibu kanak-kanak itu, Jiang, 35, mengaku mengurung anaknya kerana budak itu terlalu bising, tetapi menafikan dia bermain mahjong.
“Dia bising. Kerana itu saya memasukkannya di dalam sangkar itu sebentar, tetapi kanak-kanak lain menutup pintunya menyebabkan dia terkurung.
“Saya tidak akan melakukannya lagi,” katanya.
Wanita itu dilaporkan ibu tunggal yang tidak mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak. – Agensi/myMetro Online



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.