Header Ads

Viral Kubur Bercahaya: Mungkin Cahaya Dhuha, Lensa Kamera - Keluarga




SEREMBAN: Keluarga Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan, Allahyarham Mohd Khairi Zainuddin, tidak menolak kemungkinan gambar pengebumian yang viral di aplikasi WhatsApp sejak semalam adalah cahaya Dhuha atau akibat lensa kamera. 

Allahyarham yang juga pengasas Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum (SRIIDU) meninggal dunia pada Selasa lalu, dan dikebumikan pagi Rabu di Tanah Perkuburan Islam Senawang. 

Adik Allahyarham, Nazri Zainuddin, 41, berkata sepanjang pengebumian, tiada perkara luar biasa yang berlaku di tanah perkuburan.

 Malah katanya, keluarganya sudah mengetahui mengenai penyebaran gambar berkenaan, sejurus selepas urusan pengebumian selesai. 

"Kami tidak beranggapan itu perkara pelik. Apabila mendapat tahu gambar itu viral, kami tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana bimbang menimbulkan masalah," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. 

Allahyarham Mohd Khairi, 45, meninggal dunia jam 4.29 petang akibat masalah jantung. Arwah meninggalkan seorang balu dan empat anak berusia antara 10 sehingga 18 tahun.










No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.