Betul Ke Lelaki Dan Perempuan Tak Boleh Jadi Sahabat Baik?
Boleh ke lelaki dan perempuan jadi kawan? Kalau tanya aku yang dulu aku jawab boleh. Apa salahnya? Dalam cerita-cerita kat tv tu banyak je laki dengan pempuan kawan-kawan. Macam best je.
Yelah sebab kawan lelaki tak akan jealous bila kau dressing lagi meletops dari dia. Kawan lelaki pandai bidang-bidang yang biasanya perempuan tak pandai. Contoh komputer, kereta.
Kawan lelaki lebih sesuai untuk korang–korang yang ganas, tak berapa nak control ayu ni. Dan untuk lelaki, kawan perempuan lebih empati, lebih prihatin.
Pantang tengok muka kau sedih sikit, dia akan tegur. Kawan perempuan tak akan sampai hati gelakkan korang secara berjemaah bila kau jatuh tergolek depan orang ramai.
Dan kawan perempuan kau tak akan pakai baju yang sama dua hari berturut-turut hingga mengganggu deria bau kau.
Wanita
Wanita mempuyai hati yang sangat lembut dan keras bergantung pada situasi. Dimana lembutnya?
Disaat dia memang betul-betul kesunyian dan perlukan seseorang untuk mendampinginya, akan datang seorang insan bergelar lelaki dengan mengunakan ayat-ayat cinta dan maka dengan ini, akan jadi lembutlah hatinya.
Tetapi wanita mula mengeraskan hatinya di saat bila dia mencintai seorang lelaki dan macam mana sekalipun orang yang datang dia akan bertahankan cinta nya ..
Ttapi perlu berhati-hati, kerana di saat dia diabaikan, peratusan cintanya semakin berkurang apabila beliau sudah tawar hati .. Tiada peluang kedua dan ketiga untuk lelaki tersebut !
Kesimpulan , wanita jarang merosakkan hubungan persahabatan.
Lelaki
Anda kena faham basic kehidupan seorang lelaki. Apa yang saya maksudkan dengan basic adalah :
Lelaki dikurniakan 9 akal 1 nafsu dimana nafsunya hanya pada wanita dan oleh sebab itu bila anda sebagai wanita bila mana anda cantik sekalipun bila masa bf anda nampak perempuan tak cantik tetapi body baek!
Apa yang yang saya nak sampaikan tiada siapa yang betul atau salah, Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
Kita hidup saling memerlukan , cuma anda sepekara yang anda pelu jaga dalam hubungan persahabatan :
• soal jodoh
• cinta
• hawa nafsu
3 perkara ini jika tidak dijaga bakal merosakkan hubungan persabatan lelaki dan wanita.
Post a Comment