Header Ads

‘Saya Benci Suami Saya! Saya Benci Perempuan Tu!’




“Tawar. Abang buatlah apa abang nak.” Saya cakap kepada suami.

Suami diam.

Pegang tangan saya dan bawa saya balik. Dia tidak akam menceraikan saya. Dia sayang saya. Tapi kalau sayang kenapa curang?

Balik rumah tu, saya meroyan teruk. Perempuan itu hantar gambar-gambar mereka bercuti, berpelukan seperti sepasang pasangan kekasih yang kemaruk bercinta. Saya yang lemah iman ni, rasa macam sudah mahu mati sahaja.

Saya benci suami saya! Saya benci perempuan tu!

Dipendekkan cerita. Perempuan itu sebenarnya tidak pernah mengandung atau menggugurkan kandungan dia pun. Niat dia menipu hanya untuk buat suami saya stay dengan dia dan saya bencikan suami saya ini yang mengandung pada masa itu.

Namun, sebenci-benci saya kepada suami saya, saya masih memberikannya peluang walaupun bukan mudah.

Setiap malam saya menangis, saya merayu kepada Allah SWT untuk berikan saya kekuatan kerana hati saya memang telah hancur binasa masa ini.

Setiap malam suami saya peluk kaki sayam menangis, merayu supaya saya memaafkan dia.

Saya sudah maafkan. Cuma saya tak boleh lupa.

Di sepanjang tempoh saya mengandung itu, suami saya jaga saya, urut belakang saya ketika saya muntah, picit kaki saya yang sakit, belikan makanan yang saya nak makan, peluk dan lapkan air mata saya bila saya menangis.

Alhamdulillah, anak kami pun dah berumur setahun dah sekarang. Saya berjaya memaafkan dan melupakan kesalahan dia. Suami saya seorang suami yg baik. Baik bukan bermakna tidak pernah melakukan kesalahan.

Lelaki hanya manusia biasa. Baik macam mana pun buat salah juga. Usaha dia untuk mencuri hati saya semula membuahkan hasil. Alhamdulillah sekarang kami bahagia sangat-sangat. Allah anugerahkan kami anak yang menjadi kekuatan kami berdua.

Org luar yang tengok kami semua cakap. Cemburulah korang ini bahagia betul, seronok kalau jadi korang ni tau. Saya senyum sahaja, namum dalam hati, saya berkata

“Kau tak tahu apa yang telah aku lalui.”

Apa-apa pun. Semoga kita semua dilindungi dari perosak-perosak hubungan yang memang suka mencari peluang ini dan hargailah pasangan masing-masing. Isteri, hargailah suamimu yang bekerja keras untukmu. Suami. Hargailah isterimu yang sanggup meninggalkan keluarga untuk berkahwin denganmu.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.