Gigih Kumpul Duit Kahwin, Tapi Tunang Minta Putus
Saya bertunang pada bulan Disember 2015. Saya mempunyai masalah kewangan untuk melangsungkan majlis perkahwinan dimana pihak perempuan ingin melangsungkan majlis pada bulan September ni, tetapi tunang saya ni macam tak faham dengan keadaan saya.
Ya duit boleh dicari nak seribu daya tak nak seribu dalih, situasi saya sekarang adakah berbaloi jika saya berusaha mencari duit untuk sempurnakan majlis perkahwinan ini sedangkan diri saya tak dihargai oleh tunang sendiri, dia sering buat endah tak endah pada saya umpama dia buat saya ni tak wujud saja.
Saya dah cuba sedaya upaya mengikut kehendak dia, sentiasa mengalah, saya buang ego saya dan berharap dapat membina mahligai impian bersama tunang saya. Saya betul-betul tertekan dengan situasi sekarang sebab dengan mudah dia lafazkan minta untuk putuskan pertunangan kerana tak mahu terikat pertunangan terlalu lama.
Saya hanya meminta untuk mengikat pertunangan selama setahun supaya saya mempunyai masa untuk kumpul duit belanja berjumlah RM11k dan membeli sebentuk gelang tangan sepertimana yang telah diminta oleh pihak perempuan, dalam kiraan saya untuk melangsungkan perkahwinan ni saya memerlukan hampir RM15k hanya untuk majlis yang akan di adakan bagi pihak perempuan.
Tunang saya cakap dia malu dengan orang sekeliling yang sering bertanya dia bila majlis nak di adakan. Saya faham dengan situasi dia cuma, saya minta masa setahun saja untuk saya simpan duit. Sekarang ni kami sering bergaduh tak sefahaman. Kerana sayang pada tunang, saya terpaksa mengalah, saya buang ego saya seorang lelaki untuk selamatkn hubungan yang dibina.
Tapi kenapa begitu mudah dia lafazkan kata putus untuk meninggalkan saya, adakah dengan memutuskan pertunangan itu dapat menyelesaikan masalah, saya banyak mengalah tetapi kenapa dia tak faham dengan situasi saya sekarang ni, kenapa memberi tekanan kepada saya.
Saya dah cuba ajak berbincang dengan elok masalah ni jawapan dia tetap sama dia tak mahu bertunang lama-lama dan saya pernah minta supaya dia berubah tak banyak pun saya minta cuma tolong hargai saya dan jangan buat endah tak endah pada saya.
Kurangkn melayan kaum adam dilaman sosial, orang ketiga takkan wujud kalau salah seorang tak melayan, hati dan perasaan seorang lelaki cuma ingin merasakan diri dihargai oleh seorang wanita.
Bila setiap kali saya mesej dia cukup susah dia nak reply sedangkan saya tengok dia online whatsApp, online fb tapi kenapa begitu payah dia nak reply mesej saya. Apabila saya call pun sama cukup payah dia nak angkat, kenapa dia boleh buat macam ni pada saya? Kenapa dia tak hargai diri saya, adakah dia Sudah ada penganti diri saya sebab itu dia minta putuskan pertunangan dengan saya?
Jika begini keadaan yang saya terima adakah patut saya teruskan hubungan ini.
Post a Comment