Header Ads

Ibu Ini Kongsi Tips Didik Anak Solat 5 Waktu Tanpa Dipaksa



Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat liat nak solat. Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai je, tapi tak solat.

Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’. Saya rasa sangat marah. Sudahlah tidak solat, menipu pula. Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya, masyaAllah, saya tahu saya dah buat silap. Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah.

Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning, tapi anak saya tetap tak berubah, susah dan liat nak solat.

Suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita
Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya. Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat. Tak perlu disuruh…. Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh.. Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang.


Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni
Saya baca dalam sujud. Setiap kali solat dan bila-bila sahaja. Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah. Solat tak perlu disuruh dah. Solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan. Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak diaorang, solat tanpa perlu disuruh.

Dan Doa adalah
Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat ke 40

“Rabbij ‘al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du’aa’…..

[14:40] “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”

In Shaa Allah… Jom Amal….semoga anak2 kita semua rajin mendirikan solat bersama. Amin.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.