‘Patutlah Sorok Anak, Anak Luar Nikah Rupanya’
Polis awal pagi tadi, menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dipercayai ditinggalkan seorang diri sejak petang semalam, di sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan di sini.
Kanak-kanak itu yang kelihatan kurus ditemui, dalam keadaan bogel di sebuah bilik rumah itu yang kotor, kira-kira jam 1 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak, berkata polis menerima panggilan telefon daripada ketua kampung itu, Mohd Don Mohd Amin, kira-kira jam 12.45 tengah malam, memberitahu terdengar suara kanak-kanak menangis dari dalam rumah itu yang gelap dan berkunci dari luar.
Katanya, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Air Kuning Selatan, segera dikejarkan ke rumah itu dan sebaik dibuka, mereka terkejut menemui kanak-kanak berkenaan dalam keadaan menyedihkan.
“Kanak-kanak itu selepas diberi makan dan minum, dihantar ke Hospital Tampin untuk pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Hamazah berkata, polis berjaya menemui ibu kanak-kanak itu yang mengaku meninggalkan anaknya seorang diri di rumah sejak 6 petang semalam.
Katanya, siasatan awal mendapati wanita berkenaan mempunyai tiga lagi anak hasil perkahwinan pertama dengan seorang anak dijaga oleh bekas ibu mentuanya, manakala dua lagi anak dijaga bersama suami kedua yang bekerja sebagai pemandu lori.
Keadaan kanak-kanak yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Tampin. Gambar kanan, ibu kanak-kanak yang ditinggalkan seorang diri
“Mangsa adalah anak yang aktif dan tidak didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara, dipercayai adalah anak tidak taraf hasil perhubungannya dengan seorang warga Indonesia,” katanya. Beliau berkata, suami kedua sekarang dipercayai tidak tahu status sebenar mangsa yang tinggal bersama kerana isterinya memberitahu kanak-kanak itu adalah anak kawan yang dijaganya.
“Wanita berkenaan mendakwa terpaksa pergi menguruskan ibunya yang mempunyai masalah mental di FELDA Jelai Satu dekat sini. Mangsa pula terpaksa ditinggalkan kerana kewujudannya tidak diketahui oleh ahli keluarganya,” katanya. Hamazah berkata, wanita berkenaan ditahan reman sehingga 9 Januari ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.
Post a Comment