Header Ads

Semakin Lama Anda Single, Semakin Baik Hubungan Anda Pada Masa Hadapan




Hubungan percintaan pada hari ini sangat mencabar.

Peratus kemungkinan untuk setiap perhubungan itu menjadi adalah sangat rendah, bahkan hanya 10 hingga 15 peratus sahaja. Peratus mungkin berkurang jika termasuk perceraian.

Mengapa hubungan begini sangat susah? Dan kenapa masih memilih untuk masuk alam perhubungan ini walaupun tahu baik buruknya?

Kadangkala, hubungan ini menyusahkan apabila ramai yang ingin mencuba. Kita tidak tahu keberhasilannya, jadi kita cuba untuk bercinta dengan orang yang menarik minat kita kerana ingin mengecilkan skop pilihan kita.

Tetapi, sebenarnya ianya perlu lebih dari itu. Ramai yang kita tengok mereka bahagia tetapi kemudiannya, putus. Mungkin mereka sudah tidak serasi.

Inginkan satu perhubungan tidaklah sama dengan bersedia menjadi pasangan untuk seseorang. Kadang-kadang, kita sebenarnya tidak bersedia dari segi emosi, apatah lagi selepas kecewa, selalunya sangat susah.

Selain itu, menjadi seseorang yang bersedia untuk sesuatu perhubungan dari segi emosi, tidak sama dengan bersedia dari segi mental.

Jika anda tidak bersedia dari segi mental, anda tidak akan faham sepenuhnya apa yang anda perlu dan inginkan dalam sesuatu perhubungan itu, atau sejauh mana anda bersedia untuk berkorban. Boleh dikatakan, anda masih belum matang.

Kenali diri anda. Anda perlu meluangkan banyak masa untuk diri sendiri, dan bersendirian.

Lebih lama anda single, anda akan menjadi pasangan yang lebih baik pada masa hadapan.

Jangan sedih. You are not forever alone!



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.