Suami Merajuk Selama 20 Tahun, Namun Masih Tetap Tinggal Bersama. Apa yang Membuatkan Suami Ini Merajuk Sangatlah Di Luar Jangkaan dan Sangat Menyentuh Hati
Otou Katayama, dari Nara, selatan Jepun, masih tetap tinggal bersama tiga anak dan isterinya, Yumi, meskipun tidak bercakap dan hanya memberi respon secara mengangguk atau mendengus selama 20 tahun.
Keadaan pasangan itu didedahkan oleh anak lelakinya, Yoshiki, 18, yang menulis surat kepada sebuah program televisyen meminta mereka membantu memperbaiki keadaan itu kerana dia tidak pernah mendengar mereka berdua berbual.
Prihatin dengan masalah itu, pihak berkenaan tampil membantu dan mengadakan pertemuan di antara Otou dan Yumi di sebuah taman di mana ia adalah temujanji pertama mereka selepas 20 tahun, sambil disaksikan oleh anak-anaknya.
“Sudah sekian lama kita tidak bercakap. Awak sangat mengambil berat tentang anak-anak.
“Yumi, sehingga kini awak telah mengalami banyak kesusahan. Saya mahu awak tahu bahawa saya berterima kasih untuk segala-galanya.”
Anak sebak ibu bapanya kembali bercakap
Otou kemudian menjelaskan dia merajuk dengan Yumi kerana cemburu akan isterinya yang terlalu memberi perhatian dan penjagaan terhadap anak-anak mereka.
“Saya seperti cemburu dan saya terus merajuk. Namun, menyesal pun sudah tiada gunakan. Saya harap selepas ini, kita akan buat segalanya bersama-sama,” katanya sambil menundukkan kepala, diikuti oleh isterinya.
Melihat ibu bapa mereka sudah kembali bercakap, ketiga-tiga anaknya menangis, perasaan sedih bercampur gembira bermain di hati. Anak-anak mana yang sanggup melihat ibu bapanya tidak sefahaman. Semoga menjadi pengajaran kepada pasangan yang lain.
Post a Comment