Tips Untuk Mencintai Dirinya Yang Tidak Sempurna
Kadang-kadang mungkin anda rasa, dia sempurna jika bertaka A bukan B. Lantas, bagaimana mencitai dia yang tak sempurna. Memuat dari Familyshare, (12/12/2016), inilah rahsia mencintai dia yang tak sempurna.
Lepaskan harapan
Sebahagian besar masa, kerap dihabiskan untuk mencipta harapan untuk dia yang dicintai. Mungkin anda fikir itu merupakan sesuatu yang wajar, tapi apa yang terjadi jika dia mengecewakan? Hanya sebuah harapan palsu. Ingat, mencintai seseorang bererti mencintai dia sepenuhnya
Belajar mencintai ketidaksempurnaan
Ada sifat-sifat tertentu, kualiti, kebiasaan, atau kelemahan yang anda tidak suka dari dia. Jika itu mengganggu atau menyinggung, jangan lupa bahawa dia sebahagian dari diri sendiri. Tetapi terimalah itu sementara dan tetap berupaya memberbaiki, serta lihat kelebihannya.
Jangan takut untuk mengatakan yang sebenarnya
Apabila anda mencintai seseorang, itu bermakna mengatakan kepada dia perkara yang tidak mudah untuk di dengar. Mungkin dia melakukan sesuatu yang salah membuat hubungan menyakitkan. Jujurlah tentang apa yang anda rasakan
Mencintai tanpa syarat
Ini adalah yang paling asas, namun merangkumi segala sifat ketika mencintai seseorang. Cinta tanpa syarat adalah mengasihi dengan segenap hati, dengan tidak ada harapan, tidak ada keperluan, dan apa pun keadaannya.
Post a Comment